Saturday, 4 March 2017

MEMBURU BATU 0 KM 1 SEMENANJUNG

MEMBURU BATU 0 KM MALAYA

Sekilas
Tarikh       : 31.12.16-03.01.17
Jarak Anggaran : 2150km

Tempoh Anggaran : 31 jam
Lokasi : 
Pulau Pangkor, Butterworth, Kangar, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Tanjung Balau, Johor Baharu






                   Ride memburu batu penanda 0 km ni telah lama di rancang sejak akhir tahun 2013 iaitu sejak habis ride jelajah Pahang lagi tetapi tertangguh beberapa kali. Kali ini jadi juga walaupun pada mulanya ride ini akan di ikuti 2 lagi rider yang malangnya terpaksa menarik diri saat akhir...ahhh sorang pun sorang la..apa adahal..Macam tak biasa..



Hari Pertama 31.12.16

Pagi itu lebih kurang jam 0630 aku mula keluar memburu berbekalkan beberapa info yang aku cari dan kutip dari rider2 yg pernah jumpa batu 0 ni. 

Satu permulaan...


20 KM je lagi ..

         Lebih kurang jam 1000 aku dah sampai ke tempat beli tiket feri tetapi di beritahu jumlah motor sangat banyak dan mengesyorkan aku ke Marina untuk naik tongkang sahaja tetapi aku tetap nak naik ikut feri biasa.Untuk ke tempat motor naik feri aku perlu ke belakang bangunan ini melalui jalan yang di sediakan.


beli tiket RM10 untuk penumpang sahaja..motor bayar tempat lain

Nahhh...amik ko..yang sampai malam dan jam 0400 pun tak gerak lagi...     

1 feri boleh bawa dalam 3-4 biji moto..jadi kiralah berapa lama masa perlu di ambil untuk bawa semua motor tu..hahaha.


    Sementara tu aku terdengar juga ada 1 group ni di nasihatkan oleh seorang pekerja di situ  untuk pergi ke Marina untuk naik tongkang memandangkan jumlah motor terlalu banyak.Setelah mereka berbincang mereka setuju untuk naik tongkang je sebab masa dah agak lewat. Aku pula agak cemas sebab ini di luar jangkaan aku.Mereka sempat juga lawa aku untuk ikut sekali mereka ke Marina sebab mereka tahu aku cuma seorang sahaja. Aku setuju je sebab jadual dah lari dari asal.

    Oh ya...tiket yang di beli wal tadi boleh di pulangkan.Kumpulan tadi semua pulangkan duit termasuk aku.Aku "senyum2' kambing masa pulangkan tiket tu.

Sampai je di Marina aku tengok dah ada anggaran 2 kumpulan motor yang sedang menunggu panggilan naik feri..


Alhamdulillah memandangkan aku sorang ... aku dapat menyelit dalam dua kumpulan pertama yang sampai di situ...itupun atas bantuan kumpulan motor yang aku menumpang kasih sementara tadi, yang bagitau tokei feri tu untuk selitkan aku  sekali sebab aku sorang je dan mereka tahu aku akan misi aku.Ada juga rasa sayu untuk gerak dahulu tetapi apa daya aku ada misi.

Setelah tiket tongkang di bayar aku di letakkan bersama-sama geng motor yang dah sedia menunggu.Tiket 
tongkang ni RM45 untuk pergi balik.

Sementara tunggu feri datang..jenuh aku selpi..selpi tang sana... selpi tang sini...nasib kodak banyak...




ni dah masuk 14 kali aku selpiaq...korang tengok la mamat belakang aku ni..dah mcm putus cinta...aku plak bercinta nak tunggu feri datang....punggah habis jadual aku ni...


yeahh...tongkang sudah mari..keterujaan ada sikit masa ni...

Inilah barisan kita...yang lama menunggu..siap sedia masuk tongkang..menuju Pulau Pangkor ...

teringat dulu2 tahun 2012 melintas Thai ke Laos dengan tongkang..

beronok-ronok diaorang dapat naik tongkang...

selisih dengan tongkang yang menghala ke daratan membawa tiga buah lori pasir dan dua buah mpv... 
     
Aku mendarat di pulau lebih kurang jam 1210 tengah hari dan terus tawaf Pulau Pangkor sebelum aku mengambil gambar di lokasi pertama batu 0 km P.Pangkor.Merasa jugak motor aku masuk P.Pangkor. 





Mungkinkah Indonesia seterusnya?



dulu dia rendah je..sekarang dah tinggi..cepatnya kau membesar ...

Setelah sejam aku pusing dan posing aku ke jeti..sempat selisih dengan geng motor yang aku ikut tadi...dan terus aku naik tongkang tu ... sedihnya mereka tak nak jalan lagi.Mereka mintak aku datang balik sejam kemudian sebab mereka nak tunggu kenderaan lain kalau ada.Aku terpaksa akur tapi takpa laa..boleh aku rehat makan dan solat dulu...senang dah sampai daratan nanti aku boleh terus ke utara tak payah berhenti banyak kali...

mula-mula seronok dah dapat naik tongkang awal sebelum pilot tongkang tu kata lagi sejam baru jalan semula ... sabor je laaa...

Selesai memenuhi tuntutan-Nya.

kali ini aku sampai tongkang dah ada muatan...mereka memang tunggu aku je untuk gerak ke seberang...

Selamat tinggal Pulau Pangkor....Alhamdulillah 1 sudah selesai...Puas sebab motor aku dah jejak pulau ni...

Jam 1345 bot gerak meninggalkan pulau.Sampai daratan aku tak buang masa lagi terus ke utara untuk sasaran kedua di Butterworth.Perjalanan aku di selang seli dengan hujan renyai dan panas.Akhirnya lebih kurang jam 1745 aku sampai di lokasi kedua.Di sini aku terpaksa amik masa skit untuk setting camera memandangkan tiada siapa lalu  di situ.



Aku sampai kat Kangar ni pun dah malam, jadi aku atak nak buang masa mencari batu 0 tu aku cuba bertanyakan sesiapa yang aku akan jumpa.. Alhamdulillah jumpa balai polis trafik ni dan kebetulan ada anggota di luar terus aku bertanyakan lokasi batu itu..anggota tersebut menerangkan lokasinya dan mujurlah lokasi tu tak jauh dari situ...agak mudah aku mencarinya...




Alhamdulillah dah sampai sini...batu ini terletak berhadapan dengan CIMB bank dan terletak di pertengahan simpang tiga..
fuyyooo...besaq naa...tak muat kaki tangan aku nak peluk ...


Tak lama lepas puas bergambar hujan turun lagi..nasib sempat pakai baju hujan...dari Kangar aku turun ke alor Star untuk jumpa dengan seorang kawan yang dah lama tak jumpa...


Ni dia kawan aku tu..dah lama nak jumpa baru sekarang dapat jumpa....nama dia Najib a.k.a Bob..bab pancing memancing dia champion!!
Makan malam ni di taja oleh kawan aku ni...terima kasih bob

Borak punya borak dah tengah malam.Aku bergerak ke lokasi bermalam aku iaitu di RnR Gurun.Kenapa RnR?..kerana aku mahu rasa sedikit cabaran tidur tanpa tempat yang selesa. Selain itu memudahkan aku untuk ke Grik.


Hari ke-Dua 01/01/2017 


Selesai solat subuh dan sarapan di RnR ini aku menuju lokasi keempat dan kelima 0 km nun di Kelantan.Perjalanan kali ini akan menempuh banjaran Titiwangsa.Perjalanan yang di sajikan permandangan cantik gunung ganang  banjaran.

Dalam perjalanan itu aku sempat juga aku singgah ke tugu peringatan pembinaan Lebuhraya Timur Barat.Tugu ini dah berubah wajah setelah kali terakhir aku singgah sini tahun 2012.Terdapat info berkaitan pembinaan lebuhraya ini di sini.






Jangan kita lupa jasa-jasa mereka.Sedekahkan al-Fatihah buat yang terkorban semoga mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin. 


Kemudian aku menyinggah di jambatan Tasik Banding.Ketika ini ujan dan mula rintik-rintik...




yeaahhh...tengah jalan lagi....
Lebuh kurang jam 11 aku sampai ke kawasan RNR Titiwangsa untuk mengisi perut.Ketika ini aku dah lencun sikit sebab hujan lebat sewaktu ke puncak ini.Di sini aku tersadai 2 jam kerana hujan sangat lebat.Bahaya juga untuk teruskan perjalanan.Setelah hujan sedikit reda dalam jam 1300 aku meneruskan perjalanan.


sementara tunggu hujan reda...aku makan dulu...
damai...nyaman...ni yang rasa nak nyanyi lagu azroy ni..



Jalan yang lengang memang kesukaan aku 



Jaga-jaga ada raksasa haiwan liar..
ketika ini hujan agak reda tapi masih rintik-rintik...cadangnya nak gerak dah tapi tak lama hujan semula...

1st time redah air macam ni...dah sampai tengah tu hati ada goyang sikit tapi tawakkal je..Alhamdulillah lepas.... 


yang ke-empat dalam pelukkan...jenuh setting kamera untuk dapatkan gambar yang ok..hehe

  Perhentian seterusnya Pengkalan Kubor...perjalanan aku ke Pengkalan Kubor "agak seronok" sebab tak hujan dan sedikit panas...dapatlah keringkan baju dan seluar aku yang lembab ini...
yang ke-lima ni aku tak payah susah payah setting kamera kerana adanya pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk kawasan bebas cukai ni...aku mintak tolong dia ambilkan gambar lahh..


Selesai bergambar di sini aku ke stesen minyak berdekatan untuk berehat seketika dan isi minyak serta memeriksa keadaan motor sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan di mana di situ aku akan tidur..Aku mengambil jalan pantai yang lebih selesa untuk Ke Kuala Terengganu.Di Kuala Terenganu aku singgah makan dan berehat panjang....

   Perjalanan ke Kuantan banyak kali jugak aku berhenti sebab mengantuk..kali terakhir aku berhenti di stesen minyak selepas sempadan Kemaman-Kuantan..di situ aku telah telelap dalam 15min.. walaupu bandar Kuantan tu dalam 45min tapi badan agak penat jadi jangan ambil risiko...aku sampai rumah dalam jam 0330 macam tu.

Hari ke-tiga 02/01/17


   Setelah kena tilam empuk mulalah liat nak gerak tetapi aku gagahkan jugak kerana misi ini harus di selesaikan.1130 aku bergerak keluar ke sasaran ku yang keenam yang terletak lebih kurang 321km dari Kuantan.

cuaca yang menarik hati banyak syok..
    Dari Kuantan sehingga selepas Mersing cuaca sederhana panas sehinggala aku memasuki Felda Tenggaroh hujan berselang seli berhenti menemani aku sehingga Sedili.Lebih kurang jam 1700 sampai lah aku ke Tanjung Balau.

jeng jeng jenggggg..... (sebelum)


walaupun nampak macam tak lebat..jenuh gak melayannya... (sedang)

nampak awan di belakang tu...tadi tulah aku lalu...lega sementara setelah di belasah hujan... (selepas)


Sengih sebelum kena hujan lebat lagii...

Alhamdulillah sampai jugak sini....berpanas berhujan..pakej lengkap...

nampak baju tu..kesan basah ada lagi..baju hujan tembus habis...

Muka dah lemau...

kat batu dah..kita ke pantai jap..amik angin pantai dulu..

Bendera merah naik tuu...
masa masuk ke kawasan ini tak perasan pulak tulisan ini..nak keluar baru nampak...

     Sejam aku di sana aku akan terus ke Johor Bharu.Sasaran ke tujuh di Johor Lama terpaksa aku lepaskan memandangkan masa yang kian suntuk dan kelihatan cuaca gelap nak hujan di tempat yang bakal aku lalui. Tepat apa aku fikir ... hujan mula bila aku memasuki lebuhraya Senai-Desaru sehinggalah aku sampai JB. Di JB aku di sambut seorang rakan yang membawa aku makan di restoran terdekat sebelum menghantar ke rumah saudara aku di Jalam Tampoi.Sepatutnya batu 0km ke lapan boleh selesai hari ini tetapi banyak faktor melewatkan jadual aku.Takpalah..esok ada 1 hari lagi untuk aku lengkapkan pemburuan aku.

Hari ke-empat 03/01/17

Selesai sarapan di rumah saudara aku,aku keluar untuk ke lokasi terakhir. 0 KM Johor Bharu!



Di sini ada dua tanda batu 0 km..kenapa ada dua? 1 batu merupakan kedudukan batu asal 0 km terletak di seberang jalan besar manakala 1 lagi telah di buat baru dengan penambahan penunjuk jarak bandar-bandar utama semenanjung.

Nampaknya aku peluk berdiri je la...Batu 0 km yang ni terletak sebelah hentian bas dan teksi berhadapan bangunan pejabat pos...di batu penanda ini juga di tunjukkan beberapa jarak bandar utama di semenanjung Malaysia...

yang ni pulak terletak di seberang jalan besar perhentian bas dan teksi tu..mujur la kereta tak banyak masa tu..kalau tak ada yang naik pelik tengok apa aku buat...


Selesai sudah kerja aku.Bergerak pulang ke Kuala Lumpur.Terasa sangat puas misi berjaya setelah beberapa kali tertangguh dan kali ini lebih manis di lakukan secara solo walaupun terpaksa menempuh perjalanan dua tahun dengan jarak 2303km…Solo aku yang pertama di dalam negara.

Ya, aku tahu masih ada lagi batu 0 km yang tak terakam kerana aku aku telah merancang perjalanan yang mana ada dalam lingkaran laluan sahaja aku akan amnil gambar...InsyaAllah di lain masa aku akan memburu 0 KM lagi.