Thursday 14 November 2013

JELAJAH 1PAHANG (Episode I)

PAHANG DARUL MAKMUR

Sekilas
Tarikh: 26 dan 27 Oktober 2013
Jarak: 931 km
Laluan : Kepong-Bentong-Raub-Kuala Lipis-Jerantut-Temerloh-Maran-Kuantan-Pekan-Kuala Rompin-Muadzam Shah-Tasik Bera-Triang-Temerloh-Mentakab-Karak-Kepong
Tempoh: 14 jam.

Alkisahhh...toyyyiiibbbb...

Sebelum terbentuknya kerajaan Melayu Melaka, seluruh kawasan Tanah Melayu dikatakan termasuk ke dalam kawasan kerajaan Pahang. Kerajaan Majapahit, misalnya, pernah menyebut Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja.

Dalam penulisan Melayu lama pula, Pahang dikenali sebagai Inderapura. 

Akan tetapi, mengikut cerita lisan, nama Pahang itu berasal daripada nama pokok, iaitu pokok mahang. Pokok  mahang berkenaan tumbuh di Kampung Tanah Nyior di Mukim Pedah, Jerantut.



Laluan yang di lalui

26 Oktober 2013

Kami bermula dari stesen minyak BHP selepas tol Gombak menuju ke Janda Baik di mana di situ akan bermulanya Jelajah Pahang.

Stesen minyak dah biasa jadi port pertemuan geng2 motor dari sekecik-kecik hingga sebesar besarnya setiap minggu..
Kami memulakan perjalanan dulu sebelum lain2 konvoi gerak..memandangkan banyak moto2 busat akan lalu nanti.. aku dan Ramli lalu lane paling kiri sekali...yelaa..siapala kami...huk3

sampai sudah kami di rnr Genting Sempah...dan bermula jelajah pahang kami...
udara yang segar...lembu2 di sini minum dari air yang bersih...(mcm pernah ku dengar kata2 ini..tapi di mana ya)

hentian pertama kami..


laluan ni bukan lah pertama kali aku lalu ..aku tak pernah perasan air terjun yang comel ni...lalu dengan moto baru "nampak"

kolam air panas ini terletak lebih kurang 15km dari arah bentong ke Kuala Lumpur melalui jalan lama Bentong-Gombak

kawasan air panas dah boleh guna selepas di tutup untuk keje2 naik taraf...


BENTONG

i-Orang tua2 cerita  dulu Bentong di kenali Kapong.Bentung berasal dari perkatan Ban-Untung(ban yang menguntungkan) kerana di dua pertemuan sungai Repas dan Sungai Perting ada aktiviti melombong bijih timah.Pelombong2 ini membina satu ban bagi mendapatkan lebih untung.Lama kelamaan bagi memudahkan mereka menyebut tempat melombong tu mereka menyebut Ban-tung dan akhirnya Bentung..

kami sampai ke Bentong lebih kurang jam 1010..terus lencong ke kedai makan berhampiran pintu masuk Masjid Ketari..pekena 2 keping roti canai dengan teh tarik...Alhamdulillah...baru ada tenaga balik...

hanya untuk bikerz2 sahaja..hehe..acah je..

Belakang signboard Bentong tu adalah kampung Sungai Marong..aku pernah membesar di situ dulu..

Bandar Bentong...

keluar dari bandar Bentong menghala ke Raub..

RAUB

i-Terletak 110 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, Raub sebenarnya mempunyai lakaran sejarah dan perkembangan urbanisasi yang menarik. *

Daerah yang terletak di antara antara dua banjaran, iaitu banjaran Utama dan banjaran Gunung Benom itu tidak hanya kaya dengan hasil hutan dan kayu-kayan malah dilimpahi dengan logam emas di kawasan sungainya.*

Nama Raub di ambil dari perbuatan meraup..di sebabkan emas terlalu banyak cukup sekadar menggunakan tangan untuk meraub emas.


batu tanda legend tuu..kami menggunakan jalan menghala ke Bukit Fraser melalui kamgpung baru Sang Lee
kalau laa...jatuh.....fuh..

belom masa lagi nak masuk muzium...
Hogoh Pahang jangan tak hogoh


Kampung Tras,Raub
Ini balai polis tinggalan zaman omputih ya...juga di kenali dengan nama rumah pasung..Dahulu balai polis ini dikenali sebagai rumah pasung kerana fungsinya yang bukan sahaja sebagai balai polis tetapi juga lokap untuk pelaku kesalahan jenayah.Ia digunakan sehingga tahun 2006.*

TRIO pembunuh kejam negara, Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail dan suami, Mohd. Affandi Abdul Rahman serta pembantunya, Juraimi Hussin, pernah ditahan reman lebih kurang tiga minggu di dalam bangunan yang berusia 105 tahun ini.*
*sumber KosmoOnline


Dataran Raub


Kampung ku...jangan terkejut!!..pemainan SEGA yang pernah top dolu2 tu berasal dari kampung ni...(fakta ke auta?)

musang terbang ke seberang sana...ada brani?




 KUALA LIPIS

 i-Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Terdapat beberapa versi bagaimana nama Kuala Lipis mendapat namanya antara nama Lipis di percayai berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah serau lipis(Pavetta Indica). yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.Memandangkan bandar ini terletak di kuala sungai, maka ianya dinamakan Kuala Lipis.


kalau ikutkan jalannya lurus je..tapi aku masuk simpang ni untuk lalu jalan lama...tepi sungai..tapi akhirnya di "paksa" ke jalan yang baru juga...


Ingat Hollywood je ado..Pahang pun ado
Dataran sejarah Kuala Lipis menempatkan kedudukan bangunan2 bersejarah sekitar bandar tersebut...
Peta ini terdapat di papan tanda di atas ni...setiap gambar bangunan di tanda dengan nombor2...dengan merujuk kepada peta2 ini boleh lah tau kat mana lokasinya...kalau dengan motor senang lah berhenti tepi tu je...


Bangunan Pahang Club..rumah ini telah dijadikan kediaman rasmi untuk Residen British ketika itu iaitu Sir Hugh Clifford.Apabila Residen berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab ini telah didiami oleh Inspektor Polis British hingga tahun 1926.
Bangunan Pahang Club dari tepi..Rumah yang asalnya kediaman Residen ini sedikitpun tidak dilakukan pengubahsuaian terutamanya ruang dalamannya. Ini bertujuan untuk menjaga keaslian seni binanya.Secara umumnya, aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi, aktiviti sukan seperti tenis, badminton dan sepak takraw. Selain itu, ia juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan.




Tarikh siap terbinanya bangunan ini ialah pada tahun 1926, Ia merupakan bangunan yang terbesar dan tercantik di kawasan sekolah ini. Dengan terbinanya bangunan hostel ini, Sekolah Menengah Clifford ini dianggap sebagai sekolah berasrama penuh (Boarding School) di Kuala Lipis oleh penduduk di Pahang. Pelajar-pelajar yang memasuki sekolah ini merupakan pelajar terpilih yang datangnya dari merata-rata tempat di seluruh Negeri Pahang.





Merah membara...

Pekan Kuala Lipis...masa kecik2 dulu rajin ikut mak ayah beli barang dapur kat sini..aku pernah duduk di Benta(sebelum Kuala Lipis) sampai umur 4 tahun..

macam pernah aku buattt...tapi di mana yaa??? ngeh..ngeh..ngehh...





Perkhidmatan ini mula beroperasi pada tahun 1926, di mana sebagai permulaan ia hanya menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bharu di Selatan, Chegar Perah di Utara dan ke Tumpat, Kelantan.

Ia juga merupakan jalan darat yang pertama diperkenalkan di Kuala Lipis. Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan keretapi tersebut digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan Singapura.

Alhamdulillah..tenaga recharge...
Pintu gerbang ini menyambut kedatangan anda sekiranya datang dengan keretapi...tuuttt..tuttt...

menunaikan tuntutan-Nya..
Bangunan Masjid Negeri ini telah dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Beliau juga yang telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, atap masjid ini diperbuat daripada papan.Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan.

Menurut cerita orang-orang tua, salah satu keistimewaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.
 
tiba masa untuk bergerak ke daerah seterusnya...Jerantut...tengok awan tuu..dah mula gelap...Aku menghabiskan banyak masa di sini kerana Lipis banyak tinggalan sejarah memandangkan ia pernah menjadi ibu negeri Pahang sebelum berpindah ke Kuantan...


 

~~Di hentian ini... Tertinggal dalam kesunyian...
Di hentian ini~~Sedang aku berkelana
Pahit manis aku rindu~~

lambat sangat keretapi ni sampai..aku posing jap lah...bukan senang nak amik gambar atas rel ni..

PERINGATAN: LANDASAN INI MASIH AKTIF.SEGALA LANGKAH2 KESELAMATAN TELAH DI AMBIL SEBELUM DAN SEMASA SESI PENGAMBARAN DI ATAS REL INI.
 

 JERANTUT

i-Nama Jerantut diambil dari sebutan penuturan Orang Asli dari suatu cerita zaman pemerintahan Sultan Ahmad, iaitu apabila beberapa orang Melayu yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Salan di Pulau Tawar yang mencari ternakan kerbau mereka tidak pulang. Mereka telah bertanya kepada Orang Asli di kawasan kampung Paya Tambak tidak jauh dari sungai Pahang, di mana ada satu anak sungai yang mengalir airnya di atas batu-batu jeram kecil. Orang Asli itu menunjuk ke arah di mana kerbau itu berada dengan berkata dekat ‘’JERAM TUT’’ maknanya jeram itu. Kerbau yang dicari itu dijumpai tidak bergerak kerana tali pesaranya terbelit di sepohon pokok di tepi jeram itu. Lama kelamaan sempena peristiwa berjumpa kerbau itu maka tempat itu disebut atau diberi nama JERANTUT.






 




terpaksa guna "jalan spare"..dah mcm naik kuda...
TEMERLOH

i-Kisah pertama:Nama Temerloh di percayai berasala dari perkataan 'mereloh' .Dalam bahasa Melayu kuno `merloh' bermakna tidur dan imbuhan `ter' menunjukkan `tidak sengaja. Oleh itu `termerloh bermakna terlelap dengan tidak sengaja. 

Kisah kedua:Pada suatu hari ada seorang Minangkabau mendarat di kuala anak sungai itu .Semasa beliau berada di kampung tersebut , beliau melihat seorang sakai(suku kaum orang asli) yang asyik merloh (tidur) sepanjang hari tanpa mempedulikan hal-hal lain . Dari peristiwa itulah terbitnya perkataan temerloh yang kemudiannya diambil untuk menamakan kawasan yang baru dibuka itu .

walaupun dah dekat dengan bandar Temerloh..dah tak tahan...mata dah kuyu2 je...mengantuk + penat..singgah basahkan tekak dan rehat jap..ingat nak pekena ABC sekali dah abis daa...

 




Sungai Pahang...

MARAN

i-Asal usul nama Maran tercetus daripada perkataan “Baran”dan Mengaran”.“Baran” di sini bermaksud hutan di kawasan yang mempunyai pelbagai jenis ikan seperti keli dan haruan. Kawasan tersebut kemudiannya menjadi pilihan penduduk setempat untuk bermalam dan ada juga yang terus berpindah ke kawasan tersebut.Lama kelamaan ia menjadi sebuah kampung.Oleh sebab masa itu kampung itu tiada nama lagi keadaan sedemikian dinamakan “mengaran”.Penduduk di kawasan tersebut kemudiannya sepakat menamakan penempatan baru itu sebagai Maran yang dipadankan perkataan “mengaran” dan “baran”. 

*Credit untuk Perpustakaan Maran

dah senja dah masa kita orang sampai ni..

Jauh merantau...sampai juga kat Kg New Zealand...

lepas amik gambar ni..kami terus shoot ke Kuantan..memandangkan hari dah gelap dah tak da apa nak amik gambar lagi...dan yang menarik nya malam itu Semi-Final Piala Malaysia antara Pahang dan Sarawak kena cepat...!!...Hogoh Pahang Hogoh!!...


Episode akan datang..separuh Pahang lagi akan di jelajahi...