Thursday 21 February 2013

HARI KE-SEMBILAN: SURAT THANI-KUALA LUMPUR

HARI KE-SEMBILAN : SURAT THANI- KUALA LUMPUR
Sekilas
Date       : 23 Dec 2012 (DAY 9)
Distance :842km

Duration:9hours 45min
Location:Surat Thani(THA)-Kuala Lumpur(MAS)
                (Surat Thani-Chulaphorn-Phatthalung-Hatyai-BKH-KL)


Sedar tak sedar dah hari terakhir...dalam masa beberapa jam saja akan memasuki Malaysia kembali...pagi itu kami bangun..hujan di luar sangat lebat...kalau ikut hati macam malas je nak balik..nak sambung tido..nak tak nak di gagahkan juga bangun dan bersiap..sarapan pagi di sediakan skali dalam harga bilik..Kami menginap di hotel yang sama semasa datang pada hari pertama/kedua jelajah kami..

aktiviti "rutin" sebelum memulakan perjalanan...



 dah siap siap check kondisi moto...kita sarapan dulu...
 
roti tu ada telur di dalamnya..
dah sarapan..kami naik semula untuk turunkan beg2 kami..kali ni kami diletakkan di bangunan lain..sedikit gambiran  gambaran dalam hotel itu...



 lebih kurang 845 kami check out hotel..

isi minyak dulu sebelum keluar dari Surat Thani

cuaca masih tak berapa nak cantik..masih lagi ada gerimis..apapun kami menjangkakan akan hujan sepanjang perjalanan seperti yang kami lalui pada hari pertama...persiapan awal telah dilakukan dengan menyimpan dokumen2 di dalam plastik yang memang kami bawak dari awal lagi...kamera juga sudah disimpan selepas gambar di stesen minyak ini di ambil...sepanjang perjalanan tak dapek la den amik gambar...so aku ceritala je lah yekk..

Keluar sikit dari wilayah Surat Thani hujan selebat lebatnya...jangkaan kami tepat kerana hujan sepanjang perjalanan..setibanya kami di kawasan Chulabhon keadaan bertambah teruk...hujan bertambah lebat dan ada sekali tu terasa angin lintang..hampir2 aku hilang kawalan motor..tak laju pun masa tu bawak...sejak dari itu aku ride lebih berhati2..ada sesetengah kawasan yang dah dinaiki air di kiri dan kanan jalan..walaupun masih peringkat awal ada juga umah yang dah mula dimasuki air..baju ujan jangan citer la..dah macam tak pakai... 

seingat aku dari Surat Thani ke Thung Song tiada stesen minyak untuk berhenti rehat..di Thung Song baru la kami berhenti rehat sambil pekena Ovaltine panas dan karipap...ye karipap..terkejut gak aku..selepas dipastikan ke Halalannya, aku beli sampai 4 biji..sejuk dan lapor punya pasal..

Diringkaskan cerita..maklumlah gambar tak da..selepas rehat tu kami sambung perjalanan terus ke Bukit Kayu Hitam...memang agak ralat tak dapat amik gambar..

Alhamdulillah sampai juga kami ke BKH dalam pukul 1700 setelah menempuh cuaca yang buruk....Setel urusan cop passport,serah white form dan conveyence form...berehat sebentar di situ sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Abang Eid...

Akhirnya....
Kini cuma tinggal lebih kurang 500km nak hadap untuk sampai ke rumah...Selesai berjumpa abang eid di rumahnya beliau membawa kami ke kedai moto berhampiran untuk  menukar minyak hitam..dah berapa ribu km bawak moto..asyik topap je..

bermulanya perjalanan kami di hiway Plus lebih kurang 1920 menghala ke Kuala Lumpur...

lebih kurang 0400 24.12.12 kami sampai di RnR Tapah..jadi korang kiralah sendiri berapa lama kami nak sampai sini...dari exit Jitra..



   
lebih kurang 0640..24.12.12 aku selamat tiba di rumahku...Ramli pulak dalam jam 0700 gitu....

Selesailah sudah perjalanan sejauh 5834km dalam masa 9 hari...
Alhamdullillah...


-TAMAT-  




SEKALUNG PENGHARGAAN

Ucapan jutaan terima kasih dari aku dan Ramli buat Abang Eid,Jailong,Han TG dan semua rakan2 FZ yang banyak membantu dari semua segi samada dari aspek material dan nasihat/tunjuk ajar...Tanpa tunjuk ajar daripada anda semua,misi kami mungkin tak tercapai...tak lupa juga buat kaum keluarga yang banyak memberi sokongan moral..dan akhir kata untuk semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung....

InsyaAllah jelajah kami tak berhenti sampai di sini...selagi dipanjangkan umur dan diberi kekuatan...kami akan terus menjelajah...semoga apa yang aku cuba sampaikan di sini dapat membantu serba sedikit kepada mana2 riders yang melakukan jelajah untuk kali pertama...mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan atau perbezaan info di dalamnya dengan situasi sebenar nanti...jutaan maaf dipohon...

Akhir kata...tunggang dengan selamat jangan tunggang langgang...SAFETY FIRST!!


 
               

Monday 18 February 2013


HARI KE-LAPAN : KANCHANABURI-SURAT THANI
Sekilas
Date       : 22 Dec 2012 (DAY 8)
Distance :683km

Duration:8h 25min
Location:Kanchanaburi-Surat Thani
                    (Kanchanaburi-Ratchaburi-Petchaburi-Prachuap Khirikhan-Chumphon-Surathani)

Hari dah masuk hari ke lapan...jarak yang bakal di lalui "tak jauh" mana..683km je..Lebih kurang 0800 kami kuar hotel...

Masa mula2 datang dulu kami tak banyak gambar di ambil..kali ni kami amik kesempatan awal pagi yang masih tak ramai orang untuk bergambar sakan di sini...tapi hanya beberapa gambar yang di pilih untuk di muatkan di dalam blog ni..




ke garisannnnn....



landasan ini masih di gunakan...








dah puas bergambirangambaran....masa untuk cari sarapan...kebetulan arah kami untuk ke  Surat Thani melalui kedai makanan halal(gambar di bawah) kami singgah dulu..tapi untuk ke kedai ini terpaksa buat u-turn..



 Kedai ini lah yang semalam kami nak makan petang tu tapi dia tutup awal...kalau ikutkan kedai ni tak habis set-up lagi masa kami sampai...mengikut makcik yang pakai baju merah tu...bisnes tak jalan lagi..aku bagitau kami lapar sambil buat isyarat gosok2 perut...last2 dia panggil tokei ni..setelah beri salam dan dia menjawab dia bertanyakan kami dari mana..."we from Malaysia..Malaysia.."..tokei tu terus senyum dan mengajak kami masuk..."mari masuk(alih bahasa)" sambil mempelawa kami duduk...dia terus amik menu list makanan kedai dia..aku sangat terkejut bila tengok menu dia..



pujian harus diberikan kat tokei warung ni kerana keprihatinan dia untuk menyediakan menu ini dalam bahasa Melayu...

pilih punya pilih...aku amik nasi beriani..Ramli pun sama...


ayam kena kambus tuu...kalau ikutkan lebih kurang macam nasi ayam je...
minum yang payah sikit...lain diminta lain yang dapat..last2 aku di ajak ke dapur oleh tokeinya dan pilih sendiri apa aku nak minum...belek punya belek jumpa Teh Segera dalam paket..amik jelaa....

suasana dalam warung tersebut


jalan ni kalau terus sampai ke jambatan bersejarah tu...

selesai makan sebelum gerak tapau 1 nasi beriani...untuk bekalan masa hadapan...


ada keajaiban kat simpang empat nii..(kot)




kecanggihan teknologi tak dapat menidakkan langsung fungsi konvensional...
Laluan/route #37 menghala Pranburi..semakin ke selatan..semakin terasa hangat..

luruuuuuusss aja

terasa bahang woo...


kehangatan sangat terasa...berhenti rehat di stesen minyak ber-7E di Pracuap Khirikhan





Tenaga dah pulih...ride diteruskan kembali menghala ke Chumphon..dalam perjalanan di antara Prachuap Khirikhan-Chumphon kami singgah di satu tempat ni setelah lebih kurang 1 jam lebih ride..lupa plak apa nama tempat ni..cadangnya nak berehat lagila kat stesen minyak..sekali ternampak kedai makan ni..




nasi berlauk kari ayam...hmmmmm
selesai makan, hajat nak teruskan terbantut setelah rantai moto ada masalah..mulanya ingat boleh ditegangkan lagi...dah tak boleh..dah sampai limit...mujur ada kedai moto sebelum susur keluar ke hiway..


cari punya cari..pilih punya pilih jumpa la saiz yang sama dengan rantai asal..spoket masa tu masih ok lagi...lagipun nak tukar tak da saiz..dah dapat rantai..panjang pulak tak cukup..terpaksa sambung rantai..terima kasih atas nasihat Ramli kepada pomen motor tu..pomen tu macam blur2 nak wat apa...munkin 1st time tengok moto ni ditambah pulak masalah bahasa...




kedai ni kepakaran dalam moto scrambler...


1st time jumpa...Ramli sedang memberi arahan...
barulah sedap nak bawak moto...semuuuttt (smooth) je rasanya..terus speed habis...sepanjang jalan tak banyak gambar di ambil sebab fokus kepada riding...sehinggalah aku jumpa sesuatu...terus ku on camera dan snap...


tak peduli apa orang nak kata...kebanggaan Malaysia..
sebaik memotong Exora ni aku tunjukkan isyarat bagus...terus dia follow aku..mula2 tak perasan tapi terpikir kenapa dia asik ikut aku..kalau kenderaan banyak sekalipun dia sedaya upaya memotong...cuak pulak rasa masa tu...salah ke tunjuk isyarat bagus..aku kata dalam hati..sehinggala sampai satu tempat ini hujan turun dengan lebat kami terpaksa berhenti di pondok yang ada di tepi2 jalan.(mujur ada) dia pun turut perlahankan Exora ni..dalam hati jangan dia berhenti gak...last2 dia tau kitaorag nak berhenti dia teruskan sambil bunyikan hon kepada kami...aku pun angkat tangan jelah...tak nampak pun sapa drivernya sebab tinted gelap..lega aku rasa...


hujan reda kami meneruskan perjalanan lagi sehingga la jumpa stesen minyak terdekat kerana "panggilan alam"...dalam duk rehat2 jumpa lagii..tapi bukan yang tadi..



selesai tunaikan hajat kami sambung perjalanan...sepanjang perjalanan hujan renyai2 di satu dua tempat...(ayat dah macam baca berita cuaca lak)


inginkan moto selaju arnab..cubalah petrol Cap Arnab...kalau perasan belakang aku tu ada camera duk snap gak..
singgah kejap je untuk amik gambar ni je..lepas pada stesen minyak ni aku fokuskan riding sehingga sampai Surat Thani...

next episode..Surathani-KL... :-)

Wednesday 6 February 2013

HARI KE-ENAM KE TUJUH : BOTEN-KANCHANABURI PART III

HARI KE-ENAM KE TUJUH : BOTEN-KANCHANABURI PART III
Sekilas
Date       : 20-21 Dec 2012 (DAY 6&7)
Distance :1182 km.

Location:Boten(LAO)-Kanchanaburi(THA)
Boten-Xuay Xai(Laos)-Chiang Kong(Tha)-Kun Tan-Dok Kham Tai-Lampang-Tak-Nakhon Sawan-Suphan Buri-Kanchanaburi
Duration :  15 hours 40min


 ......setelah melepaskan lelah dan recharge tenaga..kami  gerak mengikut laluan 1020 mengarah ke Thoeng.


gerai menjual buah buahan tempatan di hadapan 7e
sepanjang perjalanan kami kami di sajikan permandangan yang indah...masa ni hari dah pukul 1710(waktu Malaysia)





Kami ride sampai lah kat 1 tempat ni bernamaThung kerana terlihat masjid dan masa tu dah kul 1800 waktu Malaysia kewajipan padaNya perlu di tunaikan..di masjid kami bertemu dengan pemilik tanah yang kebetulan sedang melihat kebunnya.Beliau bernama Mohammad berasal dari Myanmar dan berbangsa Arkan(Rohingya).Selesai solat kami berbual serba sedikit tentang pelbagai topik dalam masa yang singkat..bila di beritahu kami dari Malaysia dia ucapkan terima kasih atas sumbangan rakyat Malysia untuk masjid ini..Beliau mengatakan masjid (gambar di bawah) ini di bina berdasarkan sumbangan dari beberapa negara termasuk Malaysia(orang perseorangan).Lain2 negara antaranya Indonesia,UAE malah dari Bangladesh juga ada menderma selain rakyat muslim di Thailand



meet Mohammad... 
   Beliau menceritakan bagaimana polis dan tentera Myanmar membunoh beratus ribu umat Islam di sana dalam konflik antara bangsa Rohingya  dan penduduk Myanmar.Beliau sempat menunjukan video di hp nya bagaimana umat Islam di tangkap dengan tangan di ikat di belakang di tiarapkan di atas jalan..rumah2 dan bangunan milik orang Islam di bakar dan di musnahkan...masa tu lidah kelu bila melihat video tersebut.

    Di tanya adakah dia nak balik semula Myanmar?Tidak sesekali jawabnya kerana kalau dia balik dia pasti mati di bunuh.Lagipun dia sudah berkahwin dengan warga tempatan(Thai).



"lapar rupanya budak2 ni..." Terima kasih Mohammad kerana menjamu kami dengan bijirin.Kami segar selepas makan ni..
semoga berjumpa lagi
Ride masih di teruskan bila tiba malam.lebih kurang 1930 kami isi minyak di Huai Lai dan sambung ride selepas 10min berehat...

Tarikh bertukar kepada 21.12.12

Sampai di Mai Ngam sekali lagi kami isi minyak..kami amik keputusan untuk tido sebentar di sini selama 2 jam...letak je kepala..terus belayar...stesen minyak ni ada penjaganya so kami rasa "selamat" sikit laa...dipendekkan cerita setelah 2 jam...sampaila pelabuhan(dah terjaga la tuu) kami mendaratkan moto dan meneruskan pelayaran di darat..

kesejukan pagi2 buta tidak melemahkan kami(cewah)...kami masih meneruskan ride sampai kat 7e ni..apa tah nama tempat ni..asalkan nampak cam best je tempat nak rehat kami singgah dulu..biasanya lepas sejam..sejam lebih ride kami berehat...



meriah 7e dia..

geram aku tengok kerusi urut tuuu...kalau dah terjebak kat situ alamatnya sampai ke carah la kat situ..time ni kul lebih kurang 0500..


Sepanjang perjalanan kami beberapa kali melalui sekatan jalanraya dan ada diantaranya di tahan...setelah pusing dua tiga kali moto kami dia bersuara dalam bahasa Thai...apa lagi..ayat biasa kami...I'm from Malaysia..Malaysia..".."..Ohh Malaysia??Go go.."sambil menyuruh kami jalan...

Sekali lagi di pendekkan cerita....(lagipun gelap tak nampak apa)..sampai la kami ke Chainat



sebenarnya kami masuk secara tak sengaja ke sini..tersalah simpang..kena u turn balik kat depan tu untuk ke jalan besar semula..time ni lebih kurang 0900..
seronok budak2 ni tak yah gi sekolah...di sini jugak kami berehat dalam setengah jam selepas mengisi minyak...




 
di selekoh inilah masa datang dulu aku overshoot..nampak macam tak bahaya tapi di sebabkan salah perkiraan aku lalu di antara batang2 pemantul tu..mujur plastik dan mujur juga tak kena ...kalau takk...bersepah kat jalan tu...hmmm
tak tau apa kenderaan ni..macam kenderaan kat taman tema/safari pun ada
selepas kami memotong bas ni kami kena(di syaki)speed trap sebab nampak polis dengan kameranya (besar macam video cam dulu2) duk tenang arah kami.Tak jauh dari situ kami di tahan dan di arah ke ketepi..dengan tenang kami menunggu tindakan selanjutnya dari polis trafik Thai..seperti biasa bila dia start bunyi dalam bahasa siam,kami senyum dan berkata "..I'm from Malaysia...Malaysia..."..sambil menunjuk nunjuk ke arah sticker Malaysia yang di tampal di depan dan belakang motor kami.Polis tu tengok depan belakang motor kami..munkin dalam hati tanya moto apa ni?tak cakap banyak sebab tau kami tak paham bahasa dia...apapun tak check...Alhamdulillah lepas lagii...
 
SUPHAN BURI....yeaa...
Memasuki Suphan Buri,kepenatan jelas terasa...waktu ni dalam 1030 wakti Malaysia..kami mencari arah ke U-Thong..kalau mengikut peta kertas keadaan jalan bandar Suphan Buri agak berselirat..panduan kami adalah nombor jalan..Di sini kami ada masalah dari segi signboard..setiap kali nampak signboard tulis Bangkok kami cuak sikit takut terus ke Bangkok..beberapa kali kami terpaksa u-turn...sehinggalah kami masuk 1 kawasan ni...dan ternampak 1 bangunan/binaan...

mula2 malu nak amik dekat2...dari jauh dah lah...


sekali Ramli ajak masuk...


ada sekolah kat situ
keluar dari kawasan ni jumpa lah signbord U-Thong...Kami sampai di Kanchanaburi lebih kurang jam 1400..badan dah penat,kami amik keputusan untuk terus ke resort yang kami duduk masa on the way datang hari tu...pertama sebab dekat dengan tempat tarikan utama...Jambatan River Kwai..kedua malam nanti ada persembahan bunga api lagi..fikir kami.

"malam ni kita layan bunga pai lagi nampak gayanya" kata aku ke Ramli sambil baring2 atas katil melepaskan penat..

Lepas mandi kami tido se round..petang nanti bangun pergi kedai makan yang kami nampak dalam bandar masa on the way nak masuk ke jambatan river kwai ni... Petang tu hajat tak kesampaian sebab kedai tu dah tutup..so apa lagi...pusing2 lah bandar Kanchanaburi sambil tu beli bahan makan nak makan malam nanti..

canggih tak??our secret recipe..
Lepas mandi dan makan malam kami pun keluar nak cari sovenir serba sikit..terkejut kami sebab malam tu boleh di katakan lengang..tak ada apa2 akitiviti seperti malam yang kami datang..kedai2 sovenir pun dah tutup...kami pergi ke jambatan..tak ada apa2 juga..patutla time makan tepi balkoni tadi senyap sepi je..mujur la ada makcik2 sorang dua yang bukak meja jual sovenir...tak banyak pilihan tapi boleh laa...

 
malam tu kami tido awal...bagus juga tak da bunga api...hmmm


Next episode Kanchanaburi-Surat thani