Date : 18 Dec 2012 (DAY 4)
Distance :+-35 km,
Location :Chiang Rai (THA)-Mea Sai(THA)
Duration : 35min..
Lebih kurang 0630 kami gerak ke Mae Sai...maaf la lokasi sebenar kami berhenti tak tau apa nama tempat tu...tapi lebih kurang la 30km ke Mae Sai...kami merasa menempuh kabus yang tebal..kemunkinan jarak penglihatan dalam 50 meter sebab masa tu Ramli di depan dan lampu motor dia hilang dalam ketebalan kabus..tapi situasi tu tak lama kurang 1km rasanya...menghampiri Mae Sai ada ladang bunga matahari...
Sampai di Mae Sai..operasi mencari dan menjejak guest house berdasarkan info yang di terima dari Abg Eid..
akhirnya jumpa la GH yang "di impikan"...hehe..tunggu masa nak landing time je nii..
Contact: 0835540155emel: haritchayamp@gmail.com |
harga semalaman THB500...nak pergi ke sini kena masuk lorong kiri berhampiran pusat imigresen Thai..
laluan nak gi guest house tu...
dah dapat bilik apa lagiiii...tido se round dulu...dalam kul 9 bangun untuk masuk ke Myanmar...
Buat VIP Pass: THB500 + THB 100 seorang(duit keluar Thai)
Document diperlukan : 2 salinan terbaru passport
Passport akan di pegang oleh imigresen Thai..so kena keluar dan amik passport di tempat yang sama...
Menyeberang ke Myanmar dalam 1015 kami sangat teruja...mulanya hajat nak bawak motosikal tapi atas sebab tertentu kami membatalkan niat tersebut..so kami jalan kaki je lah masuk Myanmar...antara sempadan Thai-Myanmar kami dah tukar laluan ke sebelah kanan..
Selesai proses dokumentasi(tak rumit pun sbb proses dia ikut turutan) kami di sambut dengan "penuh mesra" oleh driver tuk2 dan pick-up..setelah memilih kenderaan yang kami rasa "selamat" kami di bawa mengelilingi pekan Tachilek..Bayaran untuk sewa kenderaan tersebut THB200...
Sedikit info tentang kaum Karen(Karen Tribe) yang berada di Myanmar ni,mereka berasal dari utara Thailand,sebilingan mereka lari sini kerana mereka mendakwa di layan seperti makhluk asing oleh kerajaan Thailand...ini cerita dulu2..sekarang tak dah(kot)...
yang bawah ni yang tak ori...
yang bawah ni lagi lagi tak ori dah..hehe
destinasi seterusnya..sebuah kawasan di atas bukit Tachilek..dari sini boleh di lihat pemandangan bandar Tachilek..
destinasi pertama... |
on the way ke perkampungan manusia leher panjang.. |
Suasana di perkampungan itu
Tu diaaaaa.....original lagi niii.. |
slow motion dia jalan... |
yang bawah ni yang tak ori...
yang bawah ni lagi lagi tak ori dah..hehe
hehehehe |
seterusnyaa...sekitar bandar Tachilek
-
kami keluar dari Myanmar lebih kurang 1215..setelkan dokumentasi dan keluar tapi sebelum tu,kami melalui pemeriksaan badan oleh pegawai Kastam Myanmar...habis satu badan dia check...dalam hati kata macam nak paw je ni..mujur dia orang tak buat karenah...kalau buat karenah tu paham paham jelah...
antara dua negara... |
"...anak...nak keluar bukan kat sini..kat sana.." pakcik tu berkata dalam nada garang sambil menunjukkan arah tempat yang sepatutnya kami keluar dalam bahasa Myanmar...(pandai tak kami boleh paham bahasa Myanmar..hehe)..kami pun keluar dalam keadaan tersipu-sipu malu...(konon nya)..
Imigresen Thailand |
Akhirnya ku di sini... |
Jual lambak je...kalau rasa nak kena Akta Tahanan Kediaman Terhad silalah beli... |
Sasaran awal adalah menyerbu sebuah kedai yang ada pekerja Muslim dan menyoal siasat pekerja tersebut di mana lokasi tempat makan Muslim..info dari makcik tu mengatakan lokasi yang ingin di tuju tak jauh dari kedai ini..
nilah makcik yang kena soal siasat dengan kami,wajah terpaksa kami hilangkan untuk tujuan keselamatan |
petunjuk awal ke lokasi sasaran |
"....abang.. roti kosong kasi dua...kuah kasi kari daging..air tea-o susu.."...aku pesan makanan...rasa macam tak cukup nampak ada cha koi aku sebat 3 batang..kat Thailand dia orang panggil Tea-o susu untuk Teh-kalau Malaysia.. Ramli pun sama...
Tokei kedai ni Melayu Bangkok..tak berapa nak fasih cakap Melayu tetapi isteri dia masih fasih lagi.
tenang je brother ni..siap nyanyi nyanyi tuuu |
selesai makan kami balik ke GH untuk berehat dan tido lagi..dalam pukul 1700 kami keluar menuju ke Chiang Rai di mana terdapatnya 1 binaan yang menarik.Pada mulanya agak berat kerana masih terasa kelesuan tapi di gagahkan juga....
Pencarian bermula dengan bertanyakan kepada orang tempatan...walaupun tidak boleh berbahasa Inggeris,mereka tetap bagi arah tempat yang sepatutnya di tuju...seperti biasa kami "tetap paham" apa yang di katakan...dan hasilnyaaa...
inilah |
dah banyak mangsa kat sini |
kawasan temple ni terletak kira 75km dari Mae Sai...nama sebenar tempa ni Wat Rong Khun Mueang Chiang Rai..tempat ini di tutup kepada orang ramai jam 1730..
puas bergambar kami pulang ke GH..sebelum tu isi minyak penuh siap-siap untuk ride esoknya...
episode akan datang... ride ke Luang namtha...
How to Bet on Sports toto - Sporting 100
ReplyDeleteTo Bet on titanium astroneer Sports toto - Sporting columbia titanium jacket 100. Our 토토 사이트 도메인 top pick is titanium drill bits for metal Sporting 100; odds will vary based babylisspro nano titanium spring curling iron on the number of teams you are backing. toto.