Friday, 6 December 2013

JELAJAH 1 PAHANG (Episode II)

PAHANG DARUL MAKMUR (episode II)

Sekilas
Tarikh: 26 dan 27 Oktober 2013
Jarak: 931 km
Laluan : Kepong-Bentong-Raub-Kuala Lipis-Jerantut-Temerloh-Maran-Kuantan-Pekan-Kuala Rompin-Muadzam Shah-Tasik Bera-Triang-Temerloh-Mentakab-Karak-Kepong
Tempoh: +-14 jam

Pagi tu aku gerak dari rumah lebih kurang 0930 pagi...cuaca pagi tu memang tak berapa cantik untuk kitaorang..tapi untuk orang lain ok kot..

Sungai Kuantan


berada di atas jambatan Tanjung Lumpur...gelapnyaa...


bawah jambatan Tg.Lumpur...


banyak dapat ikan??


fishing like a bos...santaiii


Hutan bakau di belakang papan tanda Kuantan tu di percayai berusia 500 tahun...fuyooo...lamaa tuu


   Esplade Kuantan a.k.a Benteng bagi penduduk di sini..terletak berhadapan Kompleks Teruntum...panjang laluan pejalan kaki ni lebih kurang 1.5km...kawasan ini juga sangat fofuler di kalangan kaki pancing tak kira siang dan malam...kalau hari minggu lagi meriah dengan orang memancingnya dan yang datang saja2 amik angin dengan keluarga...

Bangunan biru adalah MPK..bangunan yang sebelah kiri sekali tu adalah jeti shahbandar...boleh naik bottt...menyusuri sungai Kuantan dan di bawa melalui laluan yang di bina di dalam hutan bakau...


PEKAN

i-Pekan adalah bandar diraja negeri Pahang. Pekan juga pernah menjadi ibu negeri Pahang (1889-98) sebelum bertukar ke Kuala Lipis dan akhirnya Kuantan..
 Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke 17. Mengikut pendapat orang tua-tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil bunga pekan yang banyak tumbuh di tebingnya. Pendapat lain..Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar kecil, pasar atau tempat orang berjual beli..




aku ingat dapat lah melepasi awan hujan...tak kesampaian...hujan tak jauh dari signboard tu...mujur ada tempat berteduh untuk pakai baju hujan..walaupun hujan pejalanan tetap diteruskan...Tiba di pekan lebih kurang kul 11...









Muzium ni baru saja selesai keje ubah suai setelah di tutup beberapa tahun...bayaran masuk adalah:

Rakyat Malaysia : RM 5.00
Rakyat Pahang :  RM 4.00
Bukan warganegara Malaysia :  RM 16.00 / USD 5.00
Kanak-kanak ( 12 tahun ke bawah ) dan OKU  : Percuma


Terdapat 1 lagi muzium iaitu Muzium pengangkutan air tak jauh dari muzium ni..tetapi kami tak singgah kerana telah pun pergi semasa Jelajah 1Semenanjung 2011 dulu...












keluar dari Pekan menghala ke Kuala Rompin...kami melalui pesisir pantai...nampak tempat macam best je..kami singgah..rehat2 jap sambil2 amik angin pantai...time ni cuaca dah ok skit...



Aku ngan Ramli tak meneruskan ke bandar Kuala Rompin kerana simpang ke laluan yang nak kami lalui untuk menghala ke Muadzam Shah terletak sebelum bandar Kuala Rompin..jadi adalah tak praktikal untuk patah balik..setelah perbincangan singkat di tepi jalan dengan Ramli kitaorang  amik keputusan untuk tidak ke bandar rompin..lagipun masa tu awan mendung sangat gelap di bandar rompin...


agak sunyi jalan ni..kadang2 je kereta lalu...


kami menghala ke kiri sebenarnya...sanggup patah balik nak amik view ni



melawat kawasan...


selesai offroad kejap...



eh eh kat mana ni..kami termasuk "pintu masa" pergi New Zealand jap...















nampak mcm zaman dinasor lak (mcm la pernah gi zaman dinasor)

sesi bergambar untuk kulit album tajuknya~~yang entah bila akan keluar..


BERA 

i-Di percayai berasal nama “Reba” sejenis rumpai air yang banyak di tasik itu...mengikut bahasa orang asli ia di panggil BERA...






arghhh terkena aku..."speed trap" dari atas bukit...

ROUTE 66-la sangat...
sampai sini lebih kurang 1630....mula2 sampai kat sini sikit hampa sebab ada post guard..macam tempat chalet2 je..mcam tak boleh masuk je..macam kena bayar je nak masuk...macammm...eh macam2 lah...

bincang punya bincang dengan Ramli depan papan tanda peta ni...kami acu cuba try test tanya dulu...boleh masuk ke tak?

boleh rupanyaa..tapi kena daftar masuk dulu..sekadar untuk rekod...mana la tau masuk tak keluar2...ingatkan kena bayar ke apa..dan laluan ke resort tu bukannya kat dalam kawasan berpagar batu ni..tapi di luar tu..yang ada penghadang besi tuu...
jalan ke tasik...hati2 ya bila ada laluan berbukit dan selekoh..










di dalam nya ada info berkaitan orang asli yang mendiami kawasan tasik Bera ni


contoh rumah mereka


turn Ramli pulok...

Mari belajar bahasa dalam masa 5 minit!

cuma pusingkan kotak tu untuk mengetahui maksud perkataan dalam bahasa orang asli Semelai...

berkepentingan antarabangsa youuu...international importance!!!









bergambar untuk kulit album bahagian dalam pulak....









kami berhenti kejap nak pakai baju ujan siap2 sebab jalan menghala ke Temerloh dah nampak tanda2 nak hujan...Alhamdulillah ngam2 sampai Temerloh sebelum hujan selebat lebatnya...


     dah setel makan2..lepas bayar kami meneruskan perjalanan ke KL walaupun time ni ujan lebat...kalau nak tunggu berhenti memang lambat laaa...apapun gerai ni penyokong tegar Palestine-(di hatiku)


AKHIRNYAAA!!!!...lebih kurang 2130 aku dan Ramli dah sampai sempadan Pahang-Selangor...bermakna berakhirlah jelajah kami

Alhamdulillah jelajah kali ni berjaya tanpa ada sebarang masalah besar...masalah cuaca je..tapi adatlah bila ride ni...hujan-panas(ride musim salji je tak rasa lagi)itu semua kena hadap...kalau ikutkan 2 hari 1 malam macam tak cukup...maklum negeri terbesar di semenanjung..ada tempat yang aku tak pernah pergi walaupun aku asal Pahang..secara keseluruhan telah cover hampir semua tempat daerah di Pahang ni...cuma tak boleh nak cover betul2 setiap daerah di sebabkan faktor masa dan cuaca...

Jelajah Pahang ni bagi aku sangat manis kerana masa hari pertama tu..Pahang beraksi untuk semi final ke dua di Sarawak dan Alhamdulillah Pahang ke Final Piala Malaysia dan akhirnya MENJUARAI Piala Malaysia...rasa macam berbaloi lak...nasib aku buat ride ni sebelum final...kalau tak..orang ingat aku bernazar pulak macam Pokcik Majid tu...ride ni boleh lah di anggap sempena Pahang layak ke Semi Final jelah...hehe...

Akhir kata (dah macam karangan SPM)...pergilah Cuti-Cuti Malaysia...banyak lagi tempat untuk di terokai dan di lawati..