Sunday, 3 March 2013

JELAJAH 1SEMENANJUNG

  Assalamualaikum...dan salam sejahtera semua...


Kisah ini walaupun dah lama berlalu...aku keluarkan juga di sini untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni...Jelajah ini di lakukan untuk melatih,menguji ketahanan dan memberi gambaran awal kemunkinan2 yang akan berlaku nanti untuk projek mega yang kami akan(telah) buat iaitu Jelajah 3 negara..walaupun jarak perjalanan tidak sama sekurang kurang apa2 kekurangan di dalam jelajah ini akan di tambah untuk jelajah "mega" tersebut...

Date : 11.12.11-14.12.11

DAY 1 (11.12.11)

Sg.Buloh-Gurun

Penjajahan Penjelajahan bermula sekitar jam 0830 pagi dari RnR Sg.Buloh...dari situ kami exit tol Sg.Buloh untuk ke Sekinchan melalui bandar Sg.Buloh...

Destinasi pertama kami adalah di Sekinchan...sawah padi...aku bernasib baik time tu musim padi menguning...memang cantik pemandangan masa tu...



 

memasuki Sabak Bernam lebih kurang jam 1045...cuaca agak merisaukan sedikit....dalam hati mintak2 janganlah hujan lagi..

tak da kesedaran sivik betol sapa yang conteng signboard ni
cara kami senang,mana2 agak menarik untuk bergambar...kami berhenti..sesantai yang boleh...

lepas bergambar di sini kami langsung ke Teluk Intan.Di Teluk Intan kami berehat lebih kurang dalam 30min untuk bergambar dan minum di gerai berdekatan...



 

Dari Teluk Intan kami ke Pasir Salak...di mana antara sejarah terpenting Malaysia...






RM4 untuk masuk ke kawasan muzium ini..


ada Drag Racing di seberang sana

sangat sesuai bawak anak yang sedang belajar sejarah supaya mereka lebih paham apa yang diajar oleh cikgu di sekolah...



Dari Pasir Salak ke Batu Gajah...kerana di sini ada 1 lagi landmark yang terkenal juga di Perak...

kita makan dan minummm duuluuu

Dah siap makan..siap2 menghala ke Kuala Kangsar...tapi sebelum tu...kita singgah di.....

Inilah 1 lagi tarikan di negeri Perak...



tak masuk pun dalam kawasan Istana tersebut...lagi pun langit tu gelap je...risau la jugak...

Lokasi kita seterusnya..ke Kuale Kangsor kite...




Akhirnya sampai le di Kuala Kangsor

masuk ke dalam pusat penerangan pelancongan untuk mencari info2 sekitar bandar ini








Salah satu pokok getah tertua di negara kita...jangan tak tau kauu...mula tak jumpa kawasan ni..lepas tanya orang sekeliling baru la jumpa...samada aku tak nampak signboard atau memang signboard tak da...



singgah solat di Masjid Ubudiah...

lemau skit...

sedia untuk beraksi lagi...
lebih kurang jam 1800 kami gerak ke utara lagi dan sampai ke jambatan Pulau Pinang dalam pukul 2045...ada sesetengah tempat hujan renyai2...

Jambatan Pulau Pinang..
 kami pusing sekejap je dalam pulau ni...hajat di hati nak pusing seround tapi tak kesampaian kerana tak tahu jalan dan keadaan yang gelap...yelaaa..malam mestila gelap...

keluar je dari pulau kami menghala ke RNR Gurun kerana di disitu ada "chalet" yang menanti...

Inilah chalet kami..open air punya...tapi jangan main2...ini Panglima yang punya..
"LESEN L"
malam tu kami tido dalam kul 11 setelah memastikan motor di kunci dan barang2 kami selamat...


DAY 2 12.12.11

Gurun-Kuantan

Lebih kurang jam 0400 kami dah bangun...bersiap siap-mandi,sarapan, chek moto dan packing barang dan jalan...

Sampai di Arau dalam jam 0600 untuk solat subuh..


depan Istana Arau...sekali seumur hidup kot bergambar depan istana pagi2..



lalu Kangar sat..

dari Kangar kami terus ke Alor Setar...

ahh comelnyaa...

Raksasa Gorgon menyerang menara Alor Staq..



lalu je...
Dari Aloq Staq kami ke Pokok Sena

jalan ni seperti baru di buat(bukan tar baru ye)...jalannya tak da lagi garisan putih ni....

Gambir gambar di bawah ini tak berapa nak ingat tempatnya..rasa macam kat Nami...di sini kami bergambar sambil berehat menikmati pemandangan...


 

Pondok?

dah terlajak jauh sanggup berhenti tuu...



haaa....hang nak pi mana?jawab2...

Felda Nenering...di sini la mileage motor aku mencatatkan bacaan 50000km

pendakian bermula...
 Di sebabkan signboard ni terlalu dekat dengan tugu dibawah ni..aku terlajak skit...tapi apa ada hal..patah balik je..

Hargailah jasa2 perajurit2 kita yang bersusah payah menjaga negara dari ancaman bahaya...mereka berkorban nyawa untuk memberi kita keselesaan hari ini...

Tugu memperingati jasa2 orang yang terkorban dalam menyiapkan jalan dan jambatan laluan Grik-Jeli

kalau dari Jeli akan jumpa signboard ni..


Kubu ini di bina untuk mengawal laluan jambatan ini dari di serang oleh pengganas2 komunis...ada dua kubu ini..1 lagi di seberang sana


inilah keadaan jambatannya...
kubu ke 2...masih di gunakan..sebagai apa?aku pun tak tau...
lepas tu jenuh aku melayan corner2...ada gak aku jumpa kesan2 periuk api gajah...masih fresh lagii...

sudahnya aku sampai jugak kat "puncak" lebih kurang jam 1345...di sini ada kedai makan...sambil makan dapat menikmati pemandangan seperti di bawah..cuaca di sini agak dingin..manyak syiok wo...





EMPANGAN PERGAU



Lebih kurang jam 1645 kami sampai di masjid Kampung Laut,Nilam Puri...berhenti rehat dan menunaikan solat...


Sedikit info tentang masjid di Nilam Puri ini 




 

 selesai solat kami gerak ke Bandar Kota Bharu...sekadar singgah di beberapa tempat yang menarik di tengah2 bandar Kota Bharu...
 



masa ni awan dah tersangat gelap...on the way keluar dari bandar ni berhampiran pasaraya Billion(sapa yang tau,tau la) hujan turun dengan lebatnya...sepanjang jalan sehingga dah lintas sempadan Kelantan-Terenganu hujan masih lebat...macam tak da tanda nak behenti..

seejjjuukkk...hujan lebat waktu ni..baju hujan pun tembus...singgah makan untuk merehatkan dan memanaskan badan..

DAY 3 (13.12.11)
 

1255 kami disini...
Kami masih meneruskan perjalanan...target nak sampai Kuantan..Entah macam mana kami tersesat sampai ke bandar Al Muktafi  Billah Shah(AMBS)...time ni lebih kurang 0140 ...



Akhirnya jumpa jugak laa jalan keluar...kalau ikutkan tak sepatutnya kami masuk ke Bandar AMBS..munkin ada kat mana2 kami terlepas jalan yang sepatutnya...


Jam 0235
....sampai juga kat sempadan Pahang...@ 0400



dalam kul 445 sampai lah kat rumah aku...home sweet home...lepas subuh baru la kami tido sepuas puanya...tengah hari tu bangun dan bawak Ramli jalan2 ke pantai Batu Hitam dan melawat kampung aku-Kampung Beserah....


laluan masuk ke pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam
Pantai Batu Hitam

pantai ini di ambil namanya sempena nama batu hitam ni laa


Selepas itu aku bawak Ramli ke kampung Beserah....

Tinggalan perang dunia ke 2...
Pemandangan dari atas bukit di kampung aku...dari atas bukit ini lah British memantau pergerakan di laut...jika turun sedikit bukit ini ada kesan tinggalan parit pertahanan yang di gali semasa perang tersebut...

lepas makan petang...kami memulakan perjalanan ke selatan pula...sebelum tu aku bawak Ramli ke beberapa tempat menarik di dalam bandar Kuantan...


Masjid negeri....
  next station....Pekan...Pekan...
 

Di Pekan kami singgah di beberapa lokasi menarik antaranya:


di sini menempatkan jenis2 bot dan kapal yang di gunakan oleh Pahang zaman dulu kala...


dua laksamana...

Driver...3 click ke kanan..pleasee

Bot Polis..seperti di dalam cerita Bukit Kepong..

sampai sudah pelabuhan...kelihatan anak kapal sedang menurunkan sauh...


Kemudian kami ke Istana Abu Bakar..istana ke dua kami lawati selepas istana di Arau...



Padang Polo

manaa mau lariiikkk


habislaaaa.....




dalam 1730 kami keluar Pekan menuju ke Rompin...

Bye..bye Pekan..Welcome Rompin



dalam 730 sampai bandar Rompin...makan malam di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi melalui Endau...
Welcome toJohor Darul Takzim...@ 2045
Penampakkan.....


selepas Rompin kami menumpukan perjalanan ke Kota Tinggi...sepanjang pejalanan ke Kota Tinggi..kiri dan kanan hanya la hutan..memang best "menikmati" pemandangan hijau...tiba di Kota Tinggi dalam jam2245...kami berehat dalam 30min..kemudian meneruskan perjalan ke Kulai...kami target nak tido di tol Skudai je..

jam 1145 kami di sini


  


 ..tiba la kami di Tol Skudai dalam jam 0100...lepas tol kami berhenti rehat di situ untuk tido...sampai lah jam 0430...kami bangun dan bersiap nak ke Tg.Piai-Penghujung Selatan Tanah Besar Asia...




dalam perjalanan ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup...terjumpa la kedai makan yang dah bukak..perut pun memang dah minta di isi...apa lagiii...singgah dulu laa..pekena teh tarik dan roti canai...


kita minum duluuuu...legaa dapat minuman panas..



semakin dekat....

 memandangkan hari masih awal dan pintu belum dibuka... kita orang bergambaran dulu di laluan masuk..










yea....dah boleh masuk....






"sunrise" ....



senyum tak perlu kata apa2...

pilih lah nak gi mana...
kapal2 dagang melalui selat Melaka...

nelayan keluar mencari rezeki...

tuuu diaaa...

ke kanan ya...

Tercampak di hutan bakau...


Kepuasan tak terkata...



kami akhirnya meninggalkan tempat ini menuju ke destinasi seterusnya...menghala ke Melaka...

besaunyaaa....



Makam Tun Teja
 


 
InsyaAllah




dapat lelap seround ni..best nii...


PD



Pengakhiran...
Alhamdulillah...syukur sepanjang perjalanan tiada masalah besar berlaku..perjalanan yang semuuuuttt je...Keseluruhan KM2495KM(RNR sgbuloh-rnr sgbuloh) di catatkan dan kos yang tercatit adalah RM78 untuk minyak dan makan Minum RM38...hidden kos munkin tambah lagi dalam RM50..berbaloikan???hehe

cuaca keseluruhan masa ride hari pertama adalah mendung...kami start kena ujan dr kota bharu-kuantan(berhenti ujan kat sesetgh tempat)...tiada hotel,motel,homestay mahupun apa2 penginapan berbayar....tido mana sempat sampai je...asalkan rasa selamat..

bontot sakit jgn ckp laa...3 hari lps ride baru ilang ngilu2...seminggu gi keje bawak kete..haha..speed average 110-120kmj je..kalau laju2 tak de nikmat utk nikmati pemandangan...

Sesungguhnya pengalaman jelajah 1Semenanjung ini sangat berguna bila aku dan Ramli buat jelajah 3Negara.

Gambaran awal cabaran2 yang akan di lalui membuatkan kami perlu lebih bersedia secukupnya...


-TAMAT-