Tuesday, 29 January 2013

HARI KE-ENAM DAN KETUJUH : BOTEN-KANCHANABURI PART I

HARI KE-ENAM : BOTEN-KANCHANABURI PART I

Sekilas
Date       : 19 Dec 2012 (DAY 6)
Distance :1182 km, Location 

Location:Boten(LAO)-Kanchanaburi(THA)
Boten-Xuay Xai(Laos)-Chiang Kong(Tha)-Kun Tan-Dok Kham Tai-Lampang-Tak-Nakhon Sawan-Suphan Buri-Kanchanaburi
Duration :  15 hours 40min





 Ride hari ini boleh di katakan agak gila sikit kerana, akan melibatkan dua hari serentak dan perjalanan lebih 1000km.Selesai sahaja melakukan misi utama..kami akan ride sejauh yang boleh..dah macam komando selesaikan mission..dah berjaya letup dan tembak sasaran kena lari sejauh yang boleh...nanti aku pecahkan cerita ke bebarapa bahagian supaya senang untuk di buat rujukan...

Dari Luang Namtha ke Boten (sempadan Laos-China) kira kira 56km.
Operasi bermula seawal 730 pagi..
Mekasih pak guard yang menjaga motor kami semalaman.Walaupun kita menggunakan bahasa ayam-itik tak menghalang kita dari berbual mesra...
    dalam masa kami bersiap-siap letak barang ni,kedengaran macam alunan bacaan doa(aku rasa lah) agama Buddha dari pembesar suara terletak di luar hotel ini...

ROYAL HOTEL...sayangnya wifi tak da..huhu
 

lebih kurang 750 kami keluar dari kawasan hotel ini menuju destinasi utama-BOTEN...

dipendekkan cerita sampai la sini...keterujaan semakin terasa...
 


cuaca masa ni agak sejuk..kelihatan Ramli di depan...

kabus masih jelas kelihatan tebal walaupun masa ni dah lebih kurang 0830..Bangunan Kastam Laos di depan.Kelihatan deretan lori menunggu giliran untuk melalui pemeriksaan kastam.
Akhirnya yang di impikan menjelma...Alhamdulillah dah sampai tahap ini lebih kurang jam 0900.




bukan senang nak sampai sini..entah bila lagi akan ke sini lagii

Kepuasan amat sangat..


next station...

Imigresen Laos kalau nak ke China..


siikiitt je lagi tu haa...kalau laa ada visaaa....hmmm..Hajat di hati nak bergambar dekat dengan tiang tengah2 jalan tu tapi memandangkan masa ni jalan sangat sibuk dengan lori keluar masuk LAOS-CHINA bergambar dari sini pun jadilaa...Sesi bergambar dalam 10min je kemudian gerak ke stesen minyak berdekatan..
stesen minyak ni terletak keluar dari kawasan Boten ni menghala ke Huoay Xai..
nak isi minyak kat sini kena guna duit Laos.Duit siam tak pakai..itu yang terjadi kat kami..ingat boleh la pakai duit siam sebab hotel tempat kami tido tu terima Baht..terpaksalah patah balik cari money changer kat kawasan kedai2 sebelum batu penanda tu..

Portable money changer..
kami mencari dengan bertanyakan orang kat situ...jumpa jugak akhirnya...kedai ni terletak di tengah deretan lot kedai...kami tukar dalam THB500 je..

Kami serah je semua duit yang kami tukar tu kat cik adik ni..nak kira tak da masa..yang kami tau isi lah sebanyak yang mampu berdasarkan duit tu...dapatlah isi full tank dengan berbaki sedikit duit LAOS tu..

akak boh jelah ikut duit saya bagi tu...

hasilnya...
perut moto dah di isi..perut tuan moto tak di isi2 lagii..takpa...nanti kita kan berhenti kat mana2 untuk isi perut lak..

Kami gerak keluar dari Boten lebih kurang jam 0900...sepanjang perjalanan kami di sajikan permandangan2 yang cantik dan indah...

Layannnnn..... 

ssseejjuukk....

barisan lori tunggu masa nak lalu Laos Custom Point


rumah aku pun tak da Astro...



keluar mencari rezeki...

masa aku duk layan selekoh sana selekoh sini aku terserempak dengan dua orang budak perempuan ni....aku apa lagi...terus brek mengejut dan lintas jalan sebab perkampungan ini terletak di sebelah kiri jalan..kemunkinan pakaian dan permainan tradisi masyarakat di situ..cara main dia senang je..lambung je bola tu antara dua pemain tu..masa aku amik gambar ni budak ppuan tu terlepas tangkap bola sebab tekejut ada orang amik gambar dia..tapi permainan disambung semula selepas itu.ada jugak budak2 kecik lari sebab malu nak di ambil gambarnya..selepas pada ini aku tak jumpa dah orang pakai macam. ni..tertanya tanya gak..ada hari kebesaran diaorang ke atau saja2 pakai...?

kalau dari arah Huoay Xai akan jumpa signboard ni..

Cik Bi melintas jalan terkedek kedek...jinak..aku duk sebelah pun tak lariii...Cik Bi boleh di lihat dengan senang  di sini..bawah2 rumah,tepi2 jalan..kalau kat Malaysia macam kambing yang berkeliaran tu...

dari jauh aku confuse,Ramli ke tu?Apa yang warna biru?

rupanyanya ada pakcik dan makcik dalam mood travel long distance macam kami...

itulah tempat laluan akan kami tempuhi...



kami melalui kawasan Taman Negara Laos



Akhirnya pakcik dan makcik tu memintas kami sewaktu kami behenti ambil gambar...lihat, hampir sama kan..kan..kan..beg sisi tuu..

ahli mesyuarat tingkap sedang bersidang..

aku datang dari ujung sana menghala....

..menghala ke sana
banjaran di Laos


sekolah di Laos
akhirnya kami sampai di satu lokasi yang di rasakan sesuai untuk sarapan...persiapan di jalankan..



peralatan memasak dah ready..

MALAYSIA+INDONESIA=LAOS

proses memasak giat di jalankan...

Ramli sedang melayang perasaan....bukan senang nak makan mee goreng yang di masak pantas sambil menikmati permandangan yang indah serta cuaca yang dingin di bumi asing..

turn aku pulak nak layan...
Alhamdulillah perut sudah selesai di isi..baru ada tenaga sikit nak ride..kalau tidak tadi..lemau sikit...



lebih kurang jam 1430 sampai lah kitaorang kat pekan Huoay Xai..

masa ni time sekolah habis rasanya..kalau nampak ada budak sekolah pegang kain rentang tengah jalan dan orang ramai berhenti,kita kena lah berhenti jugak sehinggalah di lepaskan oleh mereka.

Dah sampai pekan ni,kena cari pejabat imigresen untuk cop passport out..proses dokumentasi di sempadan Laos-Thai akan di ceritakan episod seterusnya....