HARI KE-LIMA : MAE SAI-LUANG NAMTHA
SekilasDate : 19 Dec 2012 (DAY 5)
Distance :267 km,
Location :Mae Sai (THA)-Luang Namtha(LAO)
(Mae Sai-Golden Triangle-Chiang Kong-Huay Xai-Luang Namtha)
Duration : 4 hours 16 mins
....sampai lah ke daratan Laos..
Risau lah jugak masa atas tongkang tu...mintak di jauh kan dari apa2 bahaya...Ok, memandangkan kita dah mendarat..so kena buat keje mengecop dokumen2 perjalanan...
dii bawah adalah gambarantempat yang harus di tuju untuk proses dokumentasi.Bulatan biru itu adalah tempat untuk letak motorsikal(mana2 pun boleh)
1- Pejabat untuk mengesahkan conveyence dari Thailand
Dokumen diperlukan: 1) Passport 2) Conveyence Form Thailand |
2- Di situ letaknya tempat nak buat Laos Custom Declaration for Temporary Imported Passenger Vehicles seperti di bawah..
form ni warna hijau ye... |
Dokumen di perlukan:
- Passport
- Conveyence form Thailand
- Salinan geran motor.
- Bayaran THB100
3. Dah dapat form hijau ni pergi ke tempat no.3 untuk pengesahan sekali lagi..kalau masih ingat episod sebelum ni tempat no 3 merupakan pondok yang memantau pergerakan keluar masuk kenderaan di beting sungai Huay Xai ini..
4.Di sini untuk membeli insuran kenderan di Laos.Harganya THB120 untuk 7 hari
Insuran untuk motor di Laos.. |
Memasuki pekan Xuay Xai perlu bawak perlahan takut terlepas simpang dan perlu pusing jauh kerana laluan di sini SEHALA ya...
keadaan lorong untuk ke pejabat Imigresen. |
ada sedikit kawasan lapang untuk park motorsikal kita..jalan kaki ke bawah tu untuk cop passport |
- Passport
- White card(akan di beri oleh pegawai imigresen)
Bertanya arah ke Luang Namtha untuk kepastian |
servis bertukar tangan...Thailand di seberang sana |
mengambil gambar sambil nyanyi lagu bayangan gurauan... Alhamdulillah merasa jugak bawak kenderaan di lorong kanan..Nampak bukit2 tu?ke situ lah tujuan kami... |
kiri kanan jalan sawah padi |
jenuh nak motong lori ni..tak berapa nak berani lagi sebab tak tau perangai orang Laos camna bawak kenderaan... |
Let the game begin... |
Ramli entah ke mana dah..aku excited punya pasal..berhenti dulu amik gambo batu2
kona kiri |
kona kanan..kelihatan Ramli sayup di depan... |
puas melayan corner..masa untuk berehat sekejap sambil mengenakan sebatang dua
jangan terpedaya dengan arah motosikal kami... |
model cakoi... |
uuhhhhhh edapnyaa... |
Cha cha di tengah jalan Laos |
Puas berehat di sini..kami menyambung kembali perjalan..memandangkan matahari dah hampir terbenam kami dah tak berhenti lagi...
Malam menjelma kami masih di tengah kawasan taman negara Laos..seingat aku,sampai Luang Namtha dalam kul 2400 lebih kurang di hadapan sebuah restoren India..mengikut info dari Abg Eid di situ ada sebuah hotel iaitu Dock Campa Hotel..memandangkan hari dah malam kami tak jumpa..munkin di sebabkan keletihan..
So kami membuat keputusan untuk mencuba bertanya 1 per satu hotel atau guest house yang sesuai..cari punya cari jumpa lah jugak..susah jugak nak berkomunikasi dengan receiptionist hotel ni kerana lansung tak boleh cakap omputih...guna bahasa isyarat pun payah..agak2 dah dapat tau bayaran bilik..tak cakap banyak terus ambik je...
Untuk pengetahuan,kami sudah "terputus hubungan" HP dengan Abg Eid dan juga line internet yang di beri pinjam olehnya sejak keluar dari Huoay Xai petang tadi.
Episode seterusnya yang di nanti nantikan...
jalan dari Huay Xai ke Luang Namtha & Boten border China ok tak untuk kereta/mpv? Ingat bila2 nak pi sana dgn family naik Avanza
ReplyDeletejalan sangat ok..view sangat cantik..ada 1 kawasan tu macam grik-jeli...banyak selekoh2...misti best bawak family naik feri tu...
ReplyDeletewah... terbaik entry ni.. kami pun nak ke Boten dr Luang Prabang dan terus ke Huay Xai - Golden Triangle
ReplyDelete