HARI KE-ENAM KE TUJUH : BOTEN-KANCHANABURI PART III
SekilasDate : 20-21 Dec 2012 (DAY 6&7)
Distance :1182 km.
Location:Boten(LAO)-Kanchanaburi(THA)
Boten-Xuay Xai(Laos)-Chiang Kong(Tha)-Kun Tan-Dok Kham Tai-Lampang-Tak-Nakhon Sawan-Suphan Buri-Kanchanaburi
Duration : 15 hours 40min
......setelah melepaskan lelah dan recharge tenaga..kami gerak mengikut laluan 1020 mengarah ke Thoeng.
gerai menjual buah buahan tempatan di hadapan 7e |
Kami ride sampai lah kat 1 tempat ni bernamaThung kerana terlihat masjid dan masa tu dah kul 1800 waktu Malaysia kewajipan padaNya perlu di tunaikan..di masjid kami bertemu dengan pemilik tanah yang kebetulan sedang melihat kebunnya.Beliau bernama Mohammad berasal dari Myanmar dan berbangsa Arkan(Rohingya).Selesai solat kami berbual serba sedikit tentang pelbagai topik dalam masa yang singkat..bila di beritahu kami dari Malaysia dia ucapkan terima kasih atas sumbangan rakyat Malysia untuk masjid ini..Beliau mengatakan masjid (gambar di bawah) ini di bina berdasarkan sumbangan dari beberapa negara termasuk Malaysia(orang perseorangan).Lain2 negara antaranya Indonesia,UAE malah dari Bangladesh juga ada menderma selain rakyat muslim di Thailand
meet Mohammad... |
Beliau menceritakan bagaimana polis dan tentera Myanmar membunoh beratus ribu umat Islam di sana dalam konflik antara bangsa Rohingya dan penduduk Myanmar.Beliau sempat menunjukan video di hp nya bagaimana umat Islam di tangkap dengan tangan di ikat di belakang di tiarapkan di atas jalan..rumah2 dan bangunan milik orang Islam di bakar dan di musnahkan...masa tu lidah kelu bila melihat video tersebut.
Di tanya adakah dia nak balik semula Myanmar?Tidak sesekali jawabnya kerana kalau dia balik dia pasti mati di bunuh.Lagipun dia sudah berkahwin dengan warga tempatan(Thai).
"lapar rupanya budak2 ni..." Terima kasih Mohammad kerana menjamu kami dengan bijirin.Kami segar selepas makan ni.. |
semoga berjumpa lagi |
Ride masih di teruskan bila tiba malam.lebih kurang 1930 kami isi minyak di Huai Lai dan sambung ride selepas 10min berehat...
Tarikh bertukar kepada 21.12.12
Sampai di Mai Ngam sekali lagi kami isi minyak..kami amik keputusan untuk tido sebentar di sini selama 2 jam...letak je kepala..terus belayar...stesen minyak ni ada penjaganya so kami rasa "selamat" sikit laa...dipendekkan cerita setelah 2 jam...sampaila pelabuhan(dah terjaga la tuu) kami mendaratkan moto dan meneruskan pelayaran di darat..
kesejukan pagi2 buta tidak melemahkan kami(cewah)...kami masih meneruskan ride sampai kat 7e ni..apa tah nama tempat ni..asalkan nampak cam best je tempat nak rehat kami singgah dulu..biasanya lepas sejam..sejam lebih ride kami berehat...
meriah 7e dia.. |
geram aku tengok kerusi urut tuuu...kalau dah terjebak kat situ alamatnya sampai ke carah la kat situ..time ni kul lebih kurang 0500.. |
Sepanjang perjalanan kami beberapa kali melalui sekatan jalanraya dan ada diantaranya di tahan...setelah pusing dua tiga kali moto kami dia bersuara dalam bahasa Thai...apa lagi..ayat biasa kami...I'm from Malaysia..Malaysia..".."..Ohh Malaysia??Go go.."sambil menyuruh kami jalan...
Sekali lagi di pendekkan cerita....(lagipun gelap tak nampak apa)..sampai la kami ke Chainat
sebenarnya kami masuk secara tak sengaja ke sini..tersalah simpang..kena u turn balik kat depan tu untuk ke jalan besar semula..time ni lebih kurang 0900.. |
seronok budak2 ni tak yah gi sekolah...di sini jugak kami berehat dalam setengah jam selepas mengisi minyak... |
tak tau apa kenderaan ni..macam kenderaan kat taman tema/safari pun ada |
selepas kami memotong bas ni kami kena(di syaki)speed trap sebab nampak polis dengan kameranya (besar macam video cam dulu2) duk tenang arah kami.Tak jauh dari situ kami di tahan dan di arah ke ketepi..dengan tenang kami menunggu tindakan selanjutnya dari polis trafik Thai..seperti biasa bila dia start bunyi dalam bahasa siam,kami senyum dan berkata "..I'm from Malaysia...Malaysia..."..sambil menunjuk nunjuk ke arah sticker Malaysia yang di tampal di depan dan belakang motor kami.Polis tu tengok depan belakang motor kami..munkin dalam hati tanya moto apa ni?tak cakap banyak sebab tau kami tak paham bahasa dia...apapun tak check...Alhamdulillah lepas lagii...
SUPHAN BURI....yeaa... |
mula2 malu nak amik dekat2...dari jauh dah lah... |
sekali Ramli ajak masuk...
ada sekolah kat situ |
"malam ni kita layan bunga pai lagi nampak gayanya" kata aku ke Ramli sambil baring2 atas katil melepaskan penat..
Lepas mandi kami tido se round..petang nanti bangun pergi kedai makan yang kami nampak dalam bandar masa on the way nak masuk ke jambatan river kwai ni... Petang tu hajat tak kesampaian sebab kedai tu dah tutup..so apa lagi...pusing2 lah bandar Kanchanaburi sambil tu beli bahan makan nak makan malam nanti..
canggih tak??our secret recipe.. |
Lepas mandi dan makan malam kami pun keluar nak cari sovenir serba sikit..terkejut kami sebab malam tu boleh di katakan lengang..tak ada apa2 akitiviti seperti malam yang kami datang..kedai2 sovenir pun dah tutup...kami pergi ke jambatan..tak ada apa2 juga..patutla time makan tepi balkoni tadi senyap sepi je..mujur la ada makcik2 sorang dua yang bukak meja jual sovenir...tak banyak pilihan tapi boleh laa...
malam tu kami tido awal...bagus juga tak da bunga api...hmmm
Next episode Kanchanaburi-Surat thani
kau tak pegi kat sini
ReplyDeletehttps://www.google.com.my/search?q=Hell+pass+fire+Thailand&hl=en&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=znxbUZy4K83jrAfKjoDIDg&ved=0CEYQsAQ&biw=1280&bih=909
InsyaAllah akan pergi kemudian hari....
Deletehttp://www.flickr.com/photos/colin_timms/5624106298/
ReplyDeleteInsyaAllah akan ke sana lagii...
Delete