Saturday, 2 February 2013

HARI KE-ENAM DAN KETUJUH : BOTEN-KANCHANABURI PARTII

HARI KE-ENAM : BOTEN-KANCHANABURI PART II

Sekilas
Date       : 20 Dec 2012 (DAY 6)
Distance :1182 km, Location 

Location:Boten(LAO)-Kanchanaburi(THA)
Boten-Xuay Xai(Laos)-Chiang Kong(Tha)-Kun Tan-Dok Kham Tai-Lampang-Tak-Nakhon Sawan-Suphan Buri-Kanchanaburi
Duration :  15 hours 40min


 ...dah sampai pekan Huoay Xai ni kena cop out kat passport dulu..

Dokumen diperlukan:
1)Passport
2)White Card (departure) 


 
Siap cop passport kena pergi ke Khoe Keo Imigration(kawasan mula2 sampai hari tu)..untuk ke sini kena lalu jalan jauh sikit sebab area pekan tu jalan sehala je..



Bulatan besar adalah tempat cop passport tu..bulatan kecil adalah tempat urusan cop conveyence dan custom form..

Dah sampai bulatan kecil..kita zoom dekat lagii...

 
Motor boleh park samada di petak pink atau petak merah..Di kawasan ni cuma dua perkara je kena buat..mula2 pergi ke: 

No.1 untuk cop kertas hijau(borang Kastam Laos).Form ini di ambil semula oleh pegawai bertugas
No.2 untuk cop out di conveyence form.


Dah cop "departure" oleh Imigresen Khoe Keo Imigration
Masa untuk buat semua urusan dari cop passport sampailah ke cop conveyence form..elakkan datang masa lunch dia orang untuk mengelakkan "karenah biokrasi"...

Semuanya dah siap...masa untuk menunggu tongkang sampai..tiket beli dengan orang yang uruskan kenderaan naik tongkang ni..tak da pondok tiket ye... 

buat masa ni kenderaan tak banyak lagi
Gambar ni di ambil oleh Gibbin Philips pemilik forum www.rideasia.net
Boleh lihat di sini:
http://www.rideasia.net/motorcycle-forum/laos-ride-reports/2938-into-vietnam-through-phongsali-border-finger-5.html

tongkang pun dah sampai...


menjadi antara orang terawal....haaa mamat baju putih la aku beli tiket sebelum naik feri ni..THB500(je)
 


enjin dah di hidupkan..
Bye..bye LAOS

banyak betul tayar spare dia..
selepas gambar lori di ambil tak lama lepas tu driver lori ni datang jumpa aku...suara macam serius..bercakap sambil tunjuk2 kat arah lori dia...aku confius samada dia tunjuk ke lori dia atau dia tunjuk ke 4x4 tu dan tanya samada aku kenal ke mamat dalam 4x4 tu..aku yang memang tak paham sepatah haram angkat bahu jelah..mamat tu blah macam tu je bila aku cakap tak tau dan tak paham dalam bahasa Melayu..1 lagi muskil bg akuu...

rancak bebual tuu..mamat tu orang Laos..belek2 moto ni...

MALAYSIA+LAOS = PEACE
lega..Tongkang menghampiri tanah Thailand...

Sebaik mendarat di Thailand, kami segera ke imigresen Thailand terletak di tempat naik tonkang semalam(19.12.12).

apapun kita cop arrival dulu kat sini

Dokumen diperlukan:

Passport
White Card
THB200

Masa inilah white card yang di buat di Changlun di gunakan.

ngantuk boh...


Masa menuggu kami di tegur oleh mat saleh ni

meet Gibbin Philips

Dia bertanyakan kepada kami kenal tak EED...EED? kami berpandangan satu sama lain."..EED...EED..E-I-D.." dia mengeja sambil menunjuk2 ke arah moto kami..oooo."..abg Eid...kami kenal dia(dah dialih bahasa).." Gibbin bilang abang Eid ada datang ke kedai dia dua minggu sebelum itu dengan moto yang sama macam kami dan juga semestinya side bag itu..setelah bebual sekejap kerana dia pun mahu setelkan passportnya sementara kami ke pejabat kastam untuk serahkan conveyence form dan buat permit baru..

selesai urusan permit
Dokumen diperlukan:

Salinan terbaru passport(cop baru)
Geran motorsikal
Conveyence Form
Bayaran THB100  

Salinan passport terbaru boleh di buat di tempat membeli tiket feri di atas bukit.

Selesai segala urusan di sini kami segera masuk ke Pekan Chiang Kong.Tempat utama adalah 7-eleven...beli air dan merancang perjalan seterusnya(laluan dah di tentukan masa di Luang Namtha lagii)..perasaan lega tak terkata dapat masuk Thailand.Masuk Thailand seperti dah masuk Malaysia..hehe..Laluan yang kami pilih untuk dilalui adalah Laluan 1020.


akan bersambung di mana episode akan datang kami berjumpa dengan seorang yang dari Myanmar berbangsa Arkan...

4 comments:

  1. Jambatan baru tu dah dekat nak siap? Rugi ler kalau tak rasa naik feri/barge ni..

    ReplyDelete
  2. tapi..masa saya lalu tak nampak pulak kat mana jambatan yang nak buat tu... kalau siap,rider2 yang 1st time tak merasa la naik feri ni..tah ada tah tidak lagi masa tu...

    ReplyDelete
  3. "Salinan terbaru passport(cop baru)" ...maksud nyer fotostat mukasurat yg ada cop terkini imgresen atau mukadepan pasport jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok bang..seingat dan kalau tak silap yang ada cop tu..lupa plak nak tgk apa yang di fotostat sbb saya serah je kat org yang jaga kaunter tu dan cakap nak fotostat.....apapun nanti pegawai kastam tu akan bgtau apa yg kita perlu buat kalau tak cukup apa2 salinan...

      Delete