Monday, 18 February 2013


HARI KE-LAPAN : KANCHANABURI-SURAT THANI
Sekilas
Date       : 22 Dec 2012 (DAY 8)
Distance :683km

Duration:8h 25min
Location:Kanchanaburi-Surat Thani
                    (Kanchanaburi-Ratchaburi-Petchaburi-Prachuap Khirikhan-Chumphon-Surathani)

Hari dah masuk hari ke lapan...jarak yang bakal di lalui "tak jauh" mana..683km je..Lebih kurang 0800 kami kuar hotel...

Masa mula2 datang dulu kami tak banyak gambar di ambil..kali ni kami amik kesempatan awal pagi yang masih tak ramai orang untuk bergambar sakan di sini...tapi hanya beberapa gambar yang di pilih untuk di muatkan di dalam blog ni..




ke garisannnnn....



landasan ini masih di gunakan...








dah puas bergambirangambaran....masa untuk cari sarapan...kebetulan arah kami untuk ke  Surat Thani melalui kedai makanan halal(gambar di bawah) kami singgah dulu..tapi untuk ke kedai ini terpaksa buat u-turn..



 Kedai ini lah yang semalam kami nak makan petang tu tapi dia tutup awal...kalau ikutkan kedai ni tak habis set-up lagi masa kami sampai...mengikut makcik yang pakai baju merah tu...bisnes tak jalan lagi..aku bagitau kami lapar sambil buat isyarat gosok2 perut...last2 dia panggil tokei ni..setelah beri salam dan dia menjawab dia bertanyakan kami dari mana..."we from Malaysia..Malaysia.."..tokei tu terus senyum dan mengajak kami masuk..."mari masuk(alih bahasa)" sambil mempelawa kami duduk...dia terus amik menu list makanan kedai dia..aku sangat terkejut bila tengok menu dia..



pujian harus diberikan kat tokei warung ni kerana keprihatinan dia untuk menyediakan menu ini dalam bahasa Melayu...

pilih punya pilih...aku amik nasi beriani..Ramli pun sama...


ayam kena kambus tuu...kalau ikutkan lebih kurang macam nasi ayam je...
minum yang payah sikit...lain diminta lain yang dapat..last2 aku di ajak ke dapur oleh tokeinya dan pilih sendiri apa aku nak minum...belek punya belek jumpa Teh Segera dalam paket..amik jelaa....

suasana dalam warung tersebut


jalan ni kalau terus sampai ke jambatan bersejarah tu...

selesai makan sebelum gerak tapau 1 nasi beriani...untuk bekalan masa hadapan...


ada keajaiban kat simpang empat nii..(kot)




kecanggihan teknologi tak dapat menidakkan langsung fungsi konvensional...
Laluan/route #37 menghala Pranburi..semakin ke selatan..semakin terasa hangat..

luruuuuuusss aja

terasa bahang woo...


kehangatan sangat terasa...berhenti rehat di stesen minyak ber-7E di Pracuap Khirikhan





Tenaga dah pulih...ride diteruskan kembali menghala ke Chumphon..dalam perjalanan di antara Prachuap Khirikhan-Chumphon kami singgah di satu tempat ni setelah lebih kurang 1 jam lebih ride..lupa plak apa nama tempat ni..cadangnya nak berehat lagila kat stesen minyak..sekali ternampak kedai makan ni..




nasi berlauk kari ayam...hmmmmm
selesai makan, hajat nak teruskan terbantut setelah rantai moto ada masalah..mulanya ingat boleh ditegangkan lagi...dah tak boleh..dah sampai limit...mujur ada kedai moto sebelum susur keluar ke hiway..


cari punya cari..pilih punya pilih jumpa la saiz yang sama dengan rantai asal..spoket masa tu masih ok lagi...lagipun nak tukar tak da saiz..dah dapat rantai..panjang pulak tak cukup..terpaksa sambung rantai..terima kasih atas nasihat Ramli kepada pomen motor tu..pomen tu macam blur2 nak wat apa...munkin 1st time tengok moto ni ditambah pulak masalah bahasa...




kedai ni kepakaran dalam moto scrambler...


1st time jumpa...Ramli sedang memberi arahan...
barulah sedap nak bawak moto...semuuuttt (smooth) je rasanya..terus speed habis...sepanjang jalan tak banyak gambar di ambil sebab fokus kepada riding...sehinggalah aku jumpa sesuatu...terus ku on camera dan snap...


tak peduli apa orang nak kata...kebanggaan Malaysia..
sebaik memotong Exora ni aku tunjukkan isyarat bagus...terus dia follow aku..mula2 tak perasan tapi terpikir kenapa dia asik ikut aku..kalau kenderaan banyak sekalipun dia sedaya upaya memotong...cuak pulak rasa masa tu...salah ke tunjuk isyarat bagus..aku kata dalam hati..sehinggala sampai satu tempat ini hujan turun dengan lebat kami terpaksa berhenti di pondok yang ada di tepi2 jalan.(mujur ada) dia pun turut perlahankan Exora ni..dalam hati jangan dia berhenti gak...last2 dia tau kitaorag nak berhenti dia teruskan sambil bunyikan hon kepada kami...aku pun angkat tangan jelah...tak nampak pun sapa drivernya sebab tinted gelap..lega aku rasa...


hujan reda kami meneruskan perjalanan lagi sehingga la jumpa stesen minyak terdekat kerana "panggilan alam"...dalam duk rehat2 jumpa lagii..tapi bukan yang tadi..



selesai tunaikan hajat kami sambung perjalanan...sepanjang perjalanan hujan renyai2 di satu dua tempat...(ayat dah macam baca berita cuaca lak)


inginkan moto selaju arnab..cubalah petrol Cap Arnab...kalau perasan belakang aku tu ada camera duk snap gak..
singgah kejap je untuk amik gambar ni je..lepas pada stesen minyak ni aku fokuskan riding sehingga sampai Surat Thani...

next episode..Surathani-KL... :-)

No comments:

Post a Comment