Thursday, 21 February 2013

HARI KE-SEMBILAN: SURAT THANI-KUALA LUMPUR

HARI KE-SEMBILAN : SURAT THANI- KUALA LUMPUR
Sekilas
Date       : 23 Dec 2012 (DAY 9)
Distance :842km

Duration:9hours 45min
Location:Surat Thani(THA)-Kuala Lumpur(MAS)
                (Surat Thani-Chulaphorn-Phatthalung-Hatyai-BKH-KL)


Sedar tak sedar dah hari terakhir...dalam masa beberapa jam saja akan memasuki Malaysia kembali...pagi itu kami bangun..hujan di luar sangat lebat...kalau ikut hati macam malas je nak balik..nak sambung tido..nak tak nak di gagahkan juga bangun dan bersiap..sarapan pagi di sediakan skali dalam harga bilik..Kami menginap di hotel yang sama semasa datang pada hari pertama/kedua jelajah kami..

aktiviti "rutin" sebelum memulakan perjalanan...



 dah siap siap check kondisi moto...kita sarapan dulu...
 
roti tu ada telur di dalamnya..
dah sarapan..kami naik semula untuk turunkan beg2 kami..kali ni kami diletakkan di bangunan lain..sedikit gambiran  gambaran dalam hotel itu...



 lebih kurang 845 kami check out hotel..

isi minyak dulu sebelum keluar dari Surat Thani

cuaca masih tak berapa nak cantik..masih lagi ada gerimis..apapun kami menjangkakan akan hujan sepanjang perjalanan seperti yang kami lalui pada hari pertama...persiapan awal telah dilakukan dengan menyimpan dokumen2 di dalam plastik yang memang kami bawak dari awal lagi...kamera juga sudah disimpan selepas gambar di stesen minyak ini di ambil...sepanjang perjalanan tak dapek la den amik gambar...so aku ceritala je lah yekk..

Keluar sikit dari wilayah Surat Thani hujan selebat lebatnya...jangkaan kami tepat kerana hujan sepanjang perjalanan..setibanya kami di kawasan Chulabhon keadaan bertambah teruk...hujan bertambah lebat dan ada sekali tu terasa angin lintang..hampir2 aku hilang kawalan motor..tak laju pun masa tu bawak...sejak dari itu aku ride lebih berhati2..ada sesetengah kawasan yang dah dinaiki air di kiri dan kanan jalan..walaupun masih peringkat awal ada juga umah yang dah mula dimasuki air..baju ujan jangan citer la..dah macam tak pakai... 

seingat aku dari Surat Thani ke Thung Song tiada stesen minyak untuk berhenti rehat..di Thung Song baru la kami berhenti rehat sambil pekena Ovaltine panas dan karipap...ye karipap..terkejut gak aku..selepas dipastikan ke Halalannya, aku beli sampai 4 biji..sejuk dan lapor punya pasal..

Diringkaskan cerita..maklumlah gambar tak da..selepas rehat tu kami sambung perjalanan terus ke Bukit Kayu Hitam...memang agak ralat tak dapat amik gambar..

Alhamdulillah sampai juga kami ke BKH dalam pukul 1700 setelah menempuh cuaca yang buruk....Setel urusan cop passport,serah white form dan conveyence form...berehat sebentar di situ sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Abang Eid...

Akhirnya....
Kini cuma tinggal lebih kurang 500km nak hadap untuk sampai ke rumah...Selesai berjumpa abang eid di rumahnya beliau membawa kami ke kedai moto berhampiran untuk  menukar minyak hitam..dah berapa ribu km bawak moto..asyik topap je..

bermulanya perjalanan kami di hiway Plus lebih kurang 1920 menghala ke Kuala Lumpur...

lebih kurang 0400 24.12.12 kami sampai di RnR Tapah..jadi korang kiralah sendiri berapa lama kami nak sampai sini...dari exit Jitra..



   
lebih kurang 0640..24.12.12 aku selamat tiba di rumahku...Ramli pulak dalam jam 0700 gitu....

Selesailah sudah perjalanan sejauh 5834km dalam masa 9 hari...
Alhamdullillah...


-TAMAT-  




SEKALUNG PENGHARGAAN

Ucapan jutaan terima kasih dari aku dan Ramli buat Abang Eid,Jailong,Han TG dan semua rakan2 FZ yang banyak membantu dari semua segi samada dari aspek material dan nasihat/tunjuk ajar...Tanpa tunjuk ajar daripada anda semua,misi kami mungkin tak tercapai...tak lupa juga buat kaum keluarga yang banyak memberi sokongan moral..dan akhir kata untuk semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung....

InsyaAllah jelajah kami tak berhenti sampai di sini...selagi dipanjangkan umur dan diberi kekuatan...kami akan terus menjelajah...semoga apa yang aku cuba sampaikan di sini dapat membantu serba sedikit kepada mana2 riders yang melakukan jelajah untuk kali pertama...mungkin ada sedikit sebanyak kekurangan atau perbezaan info di dalamnya dengan situasi sebenar nanti...jutaan maaf dipohon...

Akhir kata...tunggang dengan selamat jangan tunggang langgang...SAFETY FIRST!!


 
               

12 comments:

  1. Tahniah sekali lagi! Sapa cakap motor cc kecik tak boleh buat touring? Yg penting minat, setengah2 bikers ada motor besao & mahal tp ajak jalan jauh ckit bg mcm2 alasan! 9 hari ride...RESPEK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit tak cukup tu.. nak bayor bulanan moto besar.. 600..700 sebulan. Ajak dowang ride tentu dah bagi macam2 alasan hehehe " small bike long ride"

      Delete
    2. hehehe..mcm2 di pikirnya..1st2 misti tgk tayar dulu...

      Delete
  2. Terima kasih bang...ada lagi kecik yang dah sampai cambodia..

    ReplyDelete
  3. Tahniah..kembara pasti tak akan berakhir..cerita ini akan menyemarakkan lagi semangat kembara saudara kita yang lain..saya pun dah dok tengok map Thailand dah nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...sekali pergi pasti nak pergi lagii..hehehhe

      Delete
  4. Memey terbaik....tahniah...
    **bro,boleh kita berhubung x,nak nimba ilmu skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...terima kasih...

      sila lah add FB saya https://www.facebook.com/elfmai.verdikter

      dan silalah klik "Join This Site"

      Delete
  5. Congrats to the both of you. Great ride.

    ReplyDelete